Thursday, February 19, 2015

Mudah Mati Bukan Jaminan

          MUDAH MATI BUKAN JAMINAN

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda : ‘Setiap manusia yang meninggal dunia pasti menyesal’. Para sahabat bertanya : ‘Menyesal disebabkan apa wahai Rasulullah ?’ Baginda menjawab : ‘Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya. Jika dia orang jahat, dia menyesal kerana tidak berhenti dari kejahatannya.’ (riwayat at-tirmizi)

Para pembaca yang budiman, peringatan ini jelas menunjukkan bahawa kita pasti akan melalui kematian dengan penuh penyesalan. Jika yang baiknya pun menyesal apatah lagi yang tidak baik.

HIDUP DUA KALI, AMAL SEKALI

Kita biasa mendengar hidup hanya sekali, maka gunakanlah kehidupan ini sebaik mungkin. Sebenarnya hidup bukan sekali, tetapi dua kali. Namun peluang melakukan amal soleh hanya sekali kerana pada kehidupan yang kedua, kita hanya akan menerima pembalasan amalan, tiada lagi melakukan amal soleh.

Oleh kerana itulah manusia yang mati dalam keadaan tidak beriman akan merayu-rayu meminta izin untuk dihidupkan kembali atas dunia kerana menyesal dengan kehidupan lamanya.

Allah Subhanallahu Taala berfirman : ‘Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa menundukkan kepala dihadapan tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina sambil merayu) : ‘Wahai tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar (akan segala yang kami ingkari dulu).

‘Maka kembalikanlah kami kedunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin’  (Surah As-sajadah 32:12)

Inilah sebenarnya yang akan berlaku.

Pada kehidupan kedua nanti tiada lagi kematian. Kita akan hidup selama-lamanya. Jika kita beriman pasti diganjari dengan syurga. Jka kufur, nerakalah tempat abadi.
Inilah yang membuktikan bahawa kita memang makhluk yang lemah, tiada kuasa dan hanya bergantung pada yang maha kuasa.


RASULULLAH S.A.W PUN SAKIT KETIKA MATI

Sebaik-baik manusia atas dunia iaitu kekasih Allah : Nabi s.a.w juga menghadapi kegeringan saat skaratul maut. Inikan pula kita yang tiada dalam senarai kekasih Allah, pasti tahap kesakitan itu lebih tinggi berbanding baginda.

Saidatina Aisyah r.a bercerita : ‘Aku melihat nabi s.a.w semasa baginda hampir wafat, disisi ada sebuah bekas berisi air. Baginda memasukkan tangannya kedalam bekas air itu dan menyapu mukanya.

Lalu baginda berdoa : ‘Ya Tuhanku, berilah aku pertolongan terhadap penderitaaan maut (yang sedang aku hadapi ini).’ (Riwayat Ahmad,An-nasai dan Ibnu Majah)

KEADAAN MATI BUKAN JAMINAN

Jelaslah bahawa jika seseorang mati dalam kedaan sukar, maka itu bukan jaminan bahawa kehidupannya di hari akhirat akan menjadi sukar. Jika matinya senang sekalipun tentunya bukan jaminan kehidupan selepas itu akan menjadi lebih baik.

Kenapa begitu ? Kerana nabi sendiri berasa sangat sukar semasa menghadapi sakaratul maut. Bahkan Aisyah r.a juga pernah berkata : ‘Aku tidak memandang elok orang yang dimudahkan sakaratul maut selepas aku melihat kesukaran rasulullah menghadapi sakaratul maut.’ (Riwayat At-tirmizi dan An-nasai)

Ingatlah, setiap yang bernyawa pasti akan mersai kematian. Yang menjamin kehidupan yang kedua yang lebih baik ialah amalan yang baik dan rahmat Allah. Oleh itu, bersedialah dengan amalan soleh dengan secukupnya, lakukanlah amalan dengan ikhlas kerana disitulah sumber pahala dan kekuatan. Wallahu’alam.

Ayat terakhir rasulullah s.a.w :
اللهم رفيق الأعلى

Aku ingin bersama para kekasih yang tinggi (para nabi,pencinta kebenaran dan para syuhada’. (Riwayat Bukhari)

~ Mohamad Mohshin
(Lulusan Universiti Mu'tah Jordan)

Cinta Allah Cinta Terindah

CINTA ALLAH CINTA TERINDAH
Hatta kasih ibu sejati itupun hanya ‘sekelumit’ jika hendak dibandingkan dengan kasih Allah yang melangit. Ya, sekali lagi kita bertanya kepada hati. Kenapa sukar benar untuk mencintai-Nya ? Walaupun fikiran kita mengiakannya bahawa mencintai Allah itu utama, tetapi hati kita masih berat, masih sukar merasainya.
Mengapa kita sedegil itu? Mari kita analogikan antara hati dengan fizikal.
 

ANALOGI HATI DENGAN FIZIKAL

Dalam keadaan fizikal yang sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali. Dihidangkan dengan ayam goreng, asam pedas atau apa sahaja masakan yang enak, tentu tekak kita dapat menikmatinya dengan lazat.
Tetapi apa yang terjadi jika kita tiba-tiba jatuh sakit? Demam, selsema menimpa. Tekak kita pasti terasa pahit, selera kita jadi ‘sempit’. Ketika itu, hidangkanlah makanan selazat mana pun, tekak pasti akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan. Mengapa jadi begitu ? Apakah makanan itu yang berubah rasa atau tekak kita yang berubah selera ? Tidak, makanan tetap sedap. Tetapi apabila fizikal kita sakit, selera kita akan pahit.
Begitulah hati kita apabila tidak mahu mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah, tetapi hati kita yang sakit.


Hati yang sakit tidak akan menikmati  keindahan cinta Allah seperti fizikal yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan. Itulah ukuran tahap ‘kesihatan’ hati kita. 



Bila Hati Sakit

Rupa-rupanya dalam kehidupan, ramai manusia yang ‘sakit’ hati. Bila kita tidak dapat merasai cinta Allah, maka itulah tandanya hati kita sedang menderita kesakitan. Malah ‘sakit’ hati ini lebih buruk akibatnya berbanding sakit fizikal.

Jika sakit fizikal akan menyebabkan kita menderita hanya didunia, tetapi sakit hati akibat gagal mencintai Allah akan menyebabkan kita menderita didunia dan akhirat. Jika sakit fizikal berakhir dengan kematian, tetapi ‘sakit’ hati menyebabkan kita akan menderita selama-lamanya diakhirat.

Cinta Bukan Paksaan

Kenapa hati kita tidak lagi bergetar dengan cinta Allah ? bukankah cinta Allah itu fitrah ? Sebelum itu, mari kita bayangkan seorang anak yang sejak kecil lagi sudah dipisahkan daripada ibu kandungnya. Anak itu dipelihara oleh ibu angkat.
Namun saat usia anak menginjak dua puluh tahun, tiba-tiba dia mengetahui yang dia sebenarnya cuma anak angkat sahaja. Dia pun mencari ibu kandungnya. Ibu yang telah mengandungkan dan melahirkannya.

Akhirnya, si anak bertemu dengan ibu kandungnya dengan ditemani oleh ibu angkatnya. Agak-agak pada ketika itu, siapakah yang lebih dikasihi oleh si anak ? Ibu kandungnya yang telah terpisah sekian lama atau ibu angkatnya yang telah memeliharanya selama ini ?
Anda pasti setuju kalau saya katakan, hati si anak akan lebih mengasihi ibu angkat yang telah memeliharanya selamadua puluh tahun berbanding ibu kandungnya yang baru dikenali pada hari pertemuan itu.

Walaupun dari segi logik dan rasionalnya, ibu kandung perlu dikasihi berbanding ibu angkat, tetapi dari segi perasaan si anak tidaklah begitu. Cinta bukan paksaan. Cinta bukan pemikiran. Tetapi ia soal rasa, datang dengan sendirinya.
Kenapa sayang dan cinta si anak tak mahu bertukar walaupun dia patut merasa begitu ?

Kenal  Allah dari Alam Roh

Maka begitulah halnya dengan hati kita, sebenarnya, sejak dialam roh lagi kita sudah kenal Allah dan mengakui Dialah Tuhan kita.

Allah berfirman : ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu ? Maka semua (roh manusia) menjawab, ‘Benar (engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.’ (Surah Al-a’raf 7:172)

Dialam roh lagi kita mengenal Allah. Bahkan telah mengakuinya sebagai Tuhan kita. Mengenal Allah ertinya mencintai Allah. Kerana siapa sahaja yang kenal Allah, pasti akan mencintainya. Namun perlu diingat, mengenal dan mengetahui dengan akal.

Sebenarnya, hati kitalah yang telah mengenal Allah di alam arwah dahulu bukan akal kita. Di situlah bermulanya cinta sejati iaitu cinta Allah.

Malangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja mereka lahir kedunia. Malah, sejak itu tempat cinta sejati di hati kita telah diambil oleh cinta angkat.

Namun, siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah ? Sedih, seringkali yang memisahkan manusia daripada cinta Allah ialah ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak mengenalkannya kepada Allah.

Akibat Benih Cinta Allah Terbiar

Konsep didikan yang bertitik tolakan ‘awal-awal agama ialah mengenal Allah’ tidak diberikan. Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar. Tidak dibajai dan diairi. Akibatnya, kita kenal ‘selain Allah’. Maka cinta kita pun beralih arah. Hakikat ini ditegaskan oleh Nabi s.a.w : ‘Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan diatas fitrah. Lalu kedua orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.’ (Riwayat Bukhari)

Bermula dari situlah perpisahan dengan cinta Allah bermula. Makin bertambah usia makin bertambah jarak perpisahan itu. Puluhan tahun si anak dibuai oleh cinta makhluk dan cinta dunia. Hati, pemikiran,perasaan bahkan jiwa telah diserah seluruh dan sepenuhnya kepada “cinta angkat” itu.

“Cinta angkat itu lah yang mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu, di dalam buaian ,di rumah , di sekolah dalam masyarakat dan di seluruh persekitarannya, pancaindera kita sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu sahaja. Dan pada  ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa “cinta angkat”  itulah cinta sejati  kita.

Pengubat  Hati Mencari Cinta Sejati

Lalu bagaimana mahu mencari cinta sejati? Ada yang menemuinya, tetapi hati masih gagal merasai. Maka ketika itu rawatlah hati dengan kembali kepada Allah.
Hati yang dekat kepada Allah akan sihat dan tenang semula.Ia telah kembali kepada fitrahynya. Namun jalan ke situ bukan mudah. Penawarnya pahit, tetapi semua itu perlu ditempuhi jua.



BERPANTANG

JIka sakit fizikal pun ada pnatang larangan begitulah juga sakit hati, ia juga perlu berpantang – berpantang daripada perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu.
Contohnya elakkan daripada melibatkan diri dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas,program hiburan yang melampau, dan suasana lain yang boleh merangsang hawa nafsu.

HADIRI MAJLIS ILMU

Bagaiman cara berpantang ? Lazimilah diri dengan menghadiri majlis ilmu, ilmu ialah cahaya hati, majlis ilmu ialah ‘taman syurga’ didunia. Meraih cinta sejati dan mengubat hati perlu melalui pengajian, pembacaan, tarbiah para ulama’,renungan dan pemikiran.
Kata ulama’, siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari ‘sesetengah mengatakan 7 hari’, maka hatinya akan keras.

Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga seperti mana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengenal Allah dengan lebih ekat, lalu kembali mencintai –Nya sepenuh hati.

PRAKTIKKAN ILMU

Ilmu seperti imam, manakala amal adalah makmumnya. Kerana itu ilmuperlu diamalkan. Ubat hati yang paling mujarab adalah zikrullah. Maka lembutkanlah hati yang keras dengan mengingati Allah. Cara yang paling utama adalah mendirikan solat.

Solat itu menghubungkan antara hamba dengan tuhan.fahami makna bacaan,hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa itu ke dalam hati.                 
                                                                                                             Walau susah sungguh,tetapi paksalah diri untuk bersungguh.sedangkan merebut cinta makhluk pun susah,apatah lagi mencari cinta allah.

Namun ingatlah solat itu penawar. Walaupun sukar untuk merasa kemanisannya diperingkat awal, tetapi kemanisannya pasti dating juga jika kita berterusan mengamalkannya. Ingatlah selalu kata-kata ini : “ Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis ”    

CARI KUMPULAN YANG BAIK

Agar diri sentiasa mempraktikkannya dan melazimi perkara baik, kita perlu duduk bersama kumpulan yang baik. Bila berkumpulan, maka tentunya program berjalan. Antara program soleh yang boleh diatur termasuklah membaca dan mengkaji buku-buku agama, mendengar kuliah tafsir, membingcangkan kepentingan semasa seperti ekonomi, politik dan social, serta melakukan aktiviti riadhah dan rehlah bersama.

Ini adalah penebat kepada idea-idea nakal dan jahat yang boleh menggoda kita. Kita ada kawan, ada aktiviti. Maka akhirnya terbentuklah suasana dan persekitaran yang soleh. Masa lapang kita akan terisi dengan pembaikan diri. Ingat, musuh orang muda adalah ‘masa lapang’.
Dengan adanya program-program ini, pantang larang dalam usaha menyembuhkan hati yang sakit dapat dijaga. Ada kawan tolong mengingatkan. Ada program yang menyibukkan. Ada suasana yang mencorakkan.

Inilah sebahagian langkah untukmengubat ‘sakit hati’ dalam kalangan remaja masa kini.
Oleh itu, takutlah kepada kemurkaan Allah. Carilah keredhaan Allah ketika didunia lagi. Diakhirat nanti, bukan tempat untuk berbuat amal. Tetapi alam akhirat adalah tempat kita diperlihatkan kebaikan mahupun kejahatan walau sebesar zarahpun.
Sebab itu, berusahalah mencari cinta sejati ini , InsyaAllah ketenangan akan mendekati hati !              

~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Tuesday, February 3, 2015

KOMPAS HIDUP

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum kpd semua pembaca blog sy y senantiasa didalam rahmat dan lindungan Allah..insyaAllah J harap semua sihat2 ye..insyaAllah kali ni wardahwafa akan kongsikan sebuah kisah y diadaptasi dari kisah benar seorang remaja muslimah…jom saya perdengarkan J

Kompas hidup adalah sebuah cerita dimana situasi seorang pelajar yang bernama Hanan menginginkan sebuah Al-Quran tafsir y bersaiz besar sebagai tempat ia membuat rujukan didalam study selain menambah ilmu pengetahuan yang baru tentang isi2 al-quran. Hanan merupakan pelajar Tahun 2 disebuah kolej islam,bidang y diceburinya memerlukan pengetahuan yang banyak mengenai ayat2 al-quran dan hanan berfikir masih banyak perkara y perlu ia belajar didalam al-quran selain menghafalnya tanpa memahami maksud ayat. Kebetulan pada suatu hari, kolej Hanan telah mengadakan pameran buku secara kecil-kecilan kepada siswa dan siswi. Dan kisahnya bermula… :)

“Eh awak, ada jualan al-quran skali la kt sini..jom kita tengok”, kata hanan kepada kawannya. Haa jom lh.. waktu hanan sedang melihat jualan al-quran tersebut.. seorang makcik datang menerangkan bagaimana fungsi al-quran2 y dijualnya. Hanan teruja sebab ada al-quran digital y mampu berfungsi dgn begitu canggih dgn hanya menunjukkan sahaja dengan pen digital pada mana2 ayat y kita mahu seterusnya ia akan mengeluarkan suara bagi pembacaan yang betul. “Waahhhh canggihkan awak,nk beli xmampu la kita rm500 kot..rugi la kn org y mampu beli semua ni tapi tak gunakan ia sebaik mungkin..” kata hanan kepada kawannya. Hanan tanpa segan masih mencuba lagi al-quran digital tersebut d samping menanyakan pelbagai soalan kepada makcik tersebut mengenai fungsi2 al-quran digital.

Dan tiba2….hanan ternampak sebuah al-quran y besar y cantik y hanan mahukan selama ni. Yes! Ada jugak quran y aku nak selama ni..hehe, tapiii agak2 ayah bagi ke tak kalau aku nak..hmm kene mesej dulu tanya camane,kene mintak izin ayah dulu baru boleh beli.. hanan berbisik didalam hatinya. Untuk sebarang kerja y dibuat Hanan,pasti dia akan memilih untuk mintak kebenaran ibu n ayahnya terlebih dahulu. Seusai kuliah, hanan mengambil masa sekejap untuk mesej ayahnya mengenai hajatnya tadi.. mesejnya berbunyi, “salam ayah..ayah chat?? Along nk mintak kebenaran ayah utk beli quran tafsir utk rujukan study..tpi hrga dy RM110, boleh x ayah?? Kalau tak boleh xpe, along xkisah ;-)”  then ddk kejap ayahnya membalas mesej “ok..nanti ayah masukkan duit” hehehe..ape lagi,senyum ke telinga la hanan akhirnya impian dia nk memiliki al-quran tu tercapai. Then,hanan membalas balik mesej ayahnya dgn berkata “time kasih ayah..sayang ayah,mmuahh..hehe” itulah hanan,sangat manja dengan ayahnya.

Kawan2 hanan pun turut sama membeli al-quran..selepas hanan n kawan2 nya siap order jenis2 quran y dimahukan mereka hanya perlu tunggu makcik tersebut datang kembali untuk penghantaran al-quran. Dan pada mlm tu, makcik tersebut tlh menelefon hanan y dia akan kerumah sewa hanan untuk membuat penghantaran al-quran. Sampainya m.cik tersebut maka quran y diimpikan telah menjadi milik hanan dan ape lagi senyum memanjangla..hehe, dan tibe2!!  Suami kpd m.cik td bersuara, “awak beli quran sume ni mahal2 masa mana awk baca? Ade masa ke nk baca quran?..hanan terkesima,hanan berfikir..ia soalan sycho atau sekadar nk bergurau..oppss!! kelu lidah,xtw nk jwb ape..hanan mampu memegang erat qurannya setelah mendengar soalan tadi.

“Awak tw x,ank p.cik sorg blajar kt India..sorg kt luar negara jgk,sume berjaya amik bidang hebat2 dalam perubatan..sume Berjaya,tapi y p.cik pelik setiap kali balik bercuti d rumah,bila p.cik menjenguk apa y dibuat anak p.cik tidak pernah skalipun nk nampak baca quran..tido pun dengan buku,quran dibiarkan je berhabuk dirak buku” kata p.cik tersebut sambal diperhatikan m.cik td isterinya. Hanan hanya mengangguk-angguk mendengar cite p.cik td n mula berfikirkan sesuatu..emm nape plak xbaca?? Bukankah salah satu dripada rahsia kejayaan seseorang adalah dengan mendampingi quran?? Bisik hati hanan. P.cik td menyambung cerita, “bila p.cik tanya anak p.cik bila kamu baca quran, ayah tengok banyak dengan buku je..” anaknya menjawab “xsempat ayah,banyak yang perlu dibaca banyak y perlu difaham dalam buku2 ni..” Hanan sedih,quran besar y dipegang hanan dipeluk erat dan dicium quran itu secara perlahan oleh hanan..”aku akan cuba untuk menjaga n membacamu..aku takkan sia2 kn kau walaupun aku hanya seorang pelajar biasa,” bisik hanan didalam hati dengan nada sedih.

P.cik td berpesan pd hanan..”bacalah quran,faham isinya, damping dia..itulah kejayaan sebenar seorang pelajar”.. “insyaAllah p.cik..” jawab hanan sambal mengukir senyuman tanda puas mendengar nasihat y agak ringkas tpi dalam maksudnya. M.cik td berterima kasih kerana telah membeli al-quran jualannya dan pasangan suami isteri itu berlalu pergi. Bagi hanan, malam itu adalah malam y penuh erti penuh makna y tersirat n tersurat. Semoga p.cik n m.ci mendapat saham akhirat ats jualan al-quran mereka..insyaAlllah  J

AL-QURAN…wahyu Allah,panduan manusia..kenapa manusia tinggalkannya?? Tidakkah itu panduan hidup sepanjang zaman,kenapa disiakan dengan perkara dunia y tidak pernah luput dek zaman, tidakkah akhirat itu suatu tempat y kekal..sibuk sangatkah kita al-quran ditinggalkan berhabuk.. Allah ada berfirman :

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

‘Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak…” (QS. Al Hadid 20)

Ayuh koreksi diri..kompas hidup manusia takkan pernah berhenti berdetik melainkan diambil nyawanya.. kita bergerak melalui empat sisi..kadang2 kita diatas,kadang2 kita dibawah,kadang2 melencong ke kiri dan ke kanan..adakah waktu diatas,dibawah,kiri dan kanan merupakan detik emas untuk kita mengisi masa dengan membaca al-quran..sudahkah kita bersedia?? Layakkah kita untuk syurga Allah..dannn disaat ini, dimanakah letaknya Al-quran kita?? Kita dah baca quran ke belum hari ni?? Adakah kita sekadar baca tanpa memahami makna ayat?? Nah, saya ingin kongsikan pada semua diantara kelebihan membaca al-quran :

Mendapatkan sakinah, rahmat, dikelilingi malaikat, dan dipuji Allah di hadapan makhluk-Nya.

Dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah-rumah Allah untuk melantunkan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketengangan, akan dilingkupi pada diri mereka dengan rahmat, akan dilingkari oleh para malaikat, dan Allah pun akan menyebut (memuji) mereka di hadapan makhluk yang ada di dekat-Nya.” (HR. Muslim)
Dalil Hadis: Tentang celaan orang yang pandai dengan urusan dunia namun bodoh dengan urusan akhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda:

إِنَّ اللهَ يَبْغَضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ ، سَجَّابٍ فِى اْلاَسْوَاقِ ،جِيْفَةٍ بِاالَّيْلِ ، حَمَّارْ بِا لنَّهَارِ ، عَالِمٍ بِأَمْرِا لدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ اْلاٰخِرَةِ

Ertinya:
“Sesungguhnya Allah membenci setiap kata-kata kasar lagi sombong, banyak berteriak di pasar, bagai bangkai di waktu malam dan seperti himar di waktu siang, Pandai dengan urusan dunia namun bodoh dengan urusan akhirat.”

(Hasan, HR Ibnu Hibban (1957), di Shahihkan oleh imam ibnu Hibban, di hasankan oleh Syeikh Ahmad Syakir -sebagaimana yang disebutkan oleh Bakr Abu Zaid dalam kitabnya Al-Mati' Khirosatul Fadhilah)).

Bagaimanakah kita menguruskan persiapan urusan akhirat??

Ayuh tepuk dada tanya iman J