Sunday, February 7, 2016

Mimpi Jadi Kenyataan




Hidup ini teralalu singkat untuk mengenang kisah-kisah lalu. Ya, apabila dikenang kembali ia terlalu perit dan hampa, sangat pedih di hati! Tapi siapalah kita bukan, hanya manusia biasa yang tiada terlepas dari dosa noda. Cukuplah mendabik dada mengira hebatnya kita di mata manusia, apakah kamu sudah dipandang hebat di mata hati Allah? Fikirkan.

Ini kisah aku ..

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi tanggal 5.2.2016 hari Jumaat yang damai genap aku berusia 22 tahun, diberi kesempatan umur oleh Allah swt untuk bernafas di dunia pinjamanNya. Ini bermakna usia perkahwinan umi dan baba juga sudah genap 23tahun. Ya, mereka berkahwin pada Mac 1993 dan pada tanggal 5.2.199 aku kembali kedunia setelah 9 bulan di alam rahim. Alhamdulillah, tidak semua bayi di saat kelahiran berkesempatan untuk menjenguk dunia, ada yang pergi saat diaalam rahim dan sebagainya. Tapi aku diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menjenguk ke alam dunia ini. Allahurabbi. Awak yang sedang membaca tulisan ini juga insan terpilih untuk menjenguk dunia. Sedarkah kita? Fikirkan.

Untuk hadiah hari kelahiran tahun ini aku tidak mendapat apa-apa sebarang bentuk hadiah yang berbentuk ‘material’ daripada umi baba atau sesiapa dan aku juga tidak meminta apa. Cukuplah doa2 yang tidak putus dari yang mendoakan. Seperti tahun lepas aku mendapat seutas jam tangan daripada umi baba. Alhamdulillah. Namun tidak  perlulah aku mengeluh dan bersedih jika tidak mendapat sebarang bentuk hadiah daripada mereka, cukuplah aku yang sepatutnya berterima kasih kepada mereka kerana bersabar menahan penat lelah menjaga aku hingga ke usia ini. Tapi padaku ucapan terima kasih itu pun belum cukup untuk membalas segala jasa mereka. Allahurabbi, ampunkan dosa-dosaku. Syukurlah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk dibesarkan ditangan ibu bapa kandung sendiri, cuba lihat di luar sana berapa ramai anak-anak kecil setelah dilahirkan dibesarkan di rumah anak yatim kerana telah ketiadaan kedua orang tua. Pernahkah kita ambil tahu? Fikirkan.

Dan aku terus berdoa supaya Allah kirimkan hadiah buatku untuk kelahiran ke-22 ini. Aku mintak hadiah dari Allah dan keesokan harinya aku dikejutkan dari tidur oleh adikku …

‘Along, bangun nak balik ganung jap lagi tok ki meninggal’ kejut adikku.
Tok Ki? Tok Ki yang mana satu ye,, hmm aku masih tertanya-tanya. ‘Tok Ki ramai ni, tapi yang mana ya..?’ getus hatiku. Sebenarnya semua tok saudara yang laki belah umi aku panggil tok ki, asal laki je tok ki hehehe. Perjalanan ke Kuala Terengganu hari tu mengambil masa dalam 3jam lebih, alhamdulillah bila sampai di perkarangan rumah tok ki t u barulah aku prasan ‘oo tok ki yang ni..hmm dh xde.’ Ya, aku sedih.. tok ki ni lah salah satu tok ki yang suka cium dan peluk aku bila aku balik beraya ke rumah dia. “hmm.. lepas ni x de dah ciuman dan pelukan dari tok ki..las jumpa tok ki raya tahun lepas.” Ratap hati kecilku.

Saat aku naik ke rumah tok ki, orang ramai datang melawat tok ki,, masa aku sampai tok ki sedang dimandikan, lama lepas tu tok ki siap dimandikan dan dikafankan. Kemudian langsir dibuka untuk semua anak-anak dan cucu-cucu mengucup wajah tok ki. Aku lihat wajah tok ki putih sangat, tenang, bersih dan aku tahan air mata ini untuk turun ke pipi. Aku nak cium tok ki macam tok ki cium aku dulu tapi aku tak kuat macam tok ki. Aku rindu!! Tok Ki pernah cakap hari tu, aku ingat lagi.. ya, aku masih ingat.. “sempat ke tak tok ki tengok wafa’ kawin..” Allahu tok ki,, tok ki tengok dari atas sana ya along kawin nanti, bila dan siapa biar Allah yang tentukan. Along doakan tok ki tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aamiin. 

Aku tidak sempat untuk melihat atau bermanja dengan arwah Tok Ki (ayah umi), pon aku panggil tok ki jugak. Tok pergi masa umi menuntut di Jordan akibat masalah jantung dan waktu tu umi  masih belum berkahwin. Macam mana rupa tok, sikap tok, dan macam2 lagi tentang tok semua aku tanya umi. Ya, tok memang tok ki yang hebat. Tapi Allah swt tu Maha Adil, Allah gantikan tok dengan hadirnya tok2 sedara yang memanjakan kami macam cucu sendiri. Semoga tok dan tok ki tenang disana. Alfatihah.
Alhamdulillah semua berjalan lancar pada hari tu, saat keranda tok ki di usung ke atas van jenazah aku ikut dari belakang dan ya,, tok ki dah pergi. Tok Ki.. :’( 

Dan saat aku menuruni anak tangga rumah tok ki, aku pandang ke bawah.. aku lihat sebuah keluarga yang hampir 7 tahun tidak berjumpa. Allahu, aku senyum pada lelaki itu.. aku lihat dia semakin kurus, dia lah bapa saudara ku adik umi. Dia membalas senyumanku. Bapa saudaraku masih ingat aku,, ALLAH! Aku capai kasut croc pink kesayanganku (hehehe) dan terus bersalam dengan bapa saudaraku itu kemudian aku memeluknya. Rindu! 7 tahun! 7 tahun  tak jumpa.

Aku salam peluk cium mak saudaraku dan sepupu2 hero ku Allah semua dah besar, dulu kecik2 lagi main daun sama2. Hahaha

Kemudian aku lihat diatas dukung mak saudara ku, ada anak kecil perempuan lengkap bertudung. “Inikah anak kecil perempuan yang dimaksudkan itu” kata hatiku. “Panggil je Sumayyah”, kata bapa saudaraku. Sumayyah! Allah hebat nama tu. Ya, memang dia dan dia adalah Sumayyah!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun demi tahun berlalu..
 
Setelah sekian lama tidak berjumpa, aku dikhabarkan yang aku telah mendapat sepupu baru perempuan tapi hanya Allah Maha Tahu kenapa masih tidak diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa. Aku nak jumpa baby tu, nak jumpa nak tengok wajahnya nak tengok darah daging aku. ALLAH.

Dan …

Bererapa bulan lepas aku telah bermimpi aku berjumpa dengan sepupu kecil ku dan keluarga itu, ya..memang cantik memang comel baby perempuan itu. Di dalam mimpi itu sangat indah. Aku bahagia bergelak ketawa dengan mereka dannn Allah tahu aku rindu mereka dan Allah kirim pertemuan ini di dalam sebuah mimpi. Aku tersedar dari tidur dan aku menangis, dan sedarlah aku ini cuma mimpi. Mimpi sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan Allah swt itu Maha Kaya, hari ini sebuah mimpi telah menjadi kenyataan. Setelah hampir 7 tahun kami berjumpa lagi atas aturan Allah. Semua Allah aturkan. Ya, semua Allah aturkan..kita kene yakin itu. Dan aku kira inilah hadiah hari kelahiran ku yang ke-22 dari Allah, “Mimpi Jadi Kenyataan”.

Siapalah kita nak menolak takdir, Allah itu lebih tahu saat yang tepat untuk kita berpisah dan bertemu kembali keranaNya kerana Allah swt. Sedarlah kita ini memang tidak punya apa2 pon kerna yang memiliki segala-galanya adalah Allah swt. Pengetahuan Allah swt itu sangat luas,, seluas luasnya. Dan ingatlah, sebuah kesabaran akan dihadiahi oleh Allah swt  dengan sebuah kenyataan. Percayalah. Allah ada di mana-mana.

Sumayyah,, ada jodoh kita jumpa lagi dan main sama2 ya. :)

Terima Kasih Allah.