Monday, July 20, 2015

Siapakah aku?

Bismillah...

Aku seorang wanita yang lahirnya dari rahim seorang wanita, aku dikandung selama 9bulan, aku dibawa kesana kemari tanpa keluhan dan penyesalan kerna itulah impian ibuku. Kini aku dilahirkan dibesarkan dan telah melalui pelbagai fasa hidup. Fasa hidup yang telah membawa aku kepada fasa-fasa hidup yang lain. Susah senang, jatuh bangun, sihat sakit, suka duka, tangis tawa. Alhamdulillah, aku dibesarkan didalam didikan agama yang lebih membawa aku kepada fasa-fasa hidup yang lebih mencabar, lebih2 lagi aku ini seorang insan yang bergelar wanita. Wanita ini banyak mehnahnya banyak ujiannya, kalau tak kuat wanita ini akan susah, jatuh, sakit, duka, tangis dan kalau wanita ini kuat maka wanita ini juga akan senang, bangun, sihat, suka dan tawa. Namun kuat atau tidak kuat itu juga adalah ujian, tersingkap sesuatu didalamnya. Dimana? Hati..dan natijahnya adalah samada dua perkara iaitu senyuman atau air mata.

Sejak aku meningkat dewasa, semakin aku mengenali dunia facebook dan sosial, berjumpa dengan pelbagai jenis manusia, melihat telatah manusia yang pelbagai ragam, ragam keluargaku,saudaraku, kawan2 ku, jiran2 ku dan ragam manusia di dunia maya. Ada yang positif dan ada yang negatif, ragam nausia tak sama. Ada yang sanggup berkorban sesama sendiri, ada yang tidak menghiraukan nasib sesama sendiri, tengok jer. Ada yang saling mengasihi, ada yang saling membenci, ada yang saling bersyak wasangka, ada yang baik didikan agamanya, ada yang lemah didikan agamanya, ada yang disisihkan, ada yang sombong, ada yang baik, ada baik yang tutur katanya, ada yang suka jaga tepi kain orang, ada yang suka mencari waktu memerlukan, ada yang kuat dan ada yang lemah. Begitulah ragam manusia yang semakin hari semakin bertambah kepelbagain sifat dan kerenah mereka. Begitu juga ragam aku,

Kini aku masih lagi seorang wanita, namun berbeza kerna bertambahnya satu lagi 'title' dibelakang wanita iaitu MUSLIMAH yang membawa maksud ??

To be continue..







Saturday, July 11, 2015

Pemilik Hakiki (Part 2)

'Dia' suka kan akak, hah? aku terkejut, lelaki yang satu program dengan aku dan usrah yang sama, tak kan lelaki sebaiknya boleh jatuh hati dengan perempuan macam aku ni. 'Akak terima tak ni? sekarang 'dia' sedang mencari, kalau akak tak terima tak pe lah' katanya. Emm..bila difikirkan balik 'dia' ada ciri2 lelaki yang mak dan ayah aku idamkan,apatah lagi aku. Waktu itu tanpa berfikir panjang aku menerima lamaran tersebut. Dan pada malamnya 'dia' telah mesej aku dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menerimanya.

Aku gembira, aku hanya berharap semoga apa yang cuba dibina oleh kami ini berkekalan sampai bila2. Satu hari dia telah menceritakan padaku bahawa 'dia' telah menceritakan tentang ku kepada ibunya. Aku sangat teruja kerna 'dia' berani menceritakan tentang aku pada ibunya. Maka dengan itu aku juga memberanikan diri untuk menceritakan tentangnya kepada mak aku. Alhamdulillah mak aku menyambut baik perkhabaran ini.

Selepas dari itu kami merancang agar hubungan ini agar boleh diteruskan dengan lebih jauh lagi. Kami merancang untuk dikhitbahkan, akan tetapi disekat oleh kedua2 belah keluarga kerana faktor pembelajaran kami yang masih berbaki beberapa tahun lagi. Akhirnya kami akur akan keputusan ini. Setelah lama kami berkenalan, satu persatu aku mengenali si 'dia', 'dia' seorang yang baik, selalu bertanyakan khabarku, menelefonku dan memberi kata2 nasihat.

Selain itu, aku juga ada merisik kepada kawan2 aku tentangnya. Aku gembira, kata kawan ku 'dia' seorang yang baik dan pandai mengaji. Aku tersenyum, alhamdulillah. Dalam tempoh itu aku makin hari makin mengenalinya, semuanya baik2 belaka, tiada cacat cela sampailah pada suatu hari dengan izinnya aku telah memasuki akaun facebooknya. Aku membuka mesejnya, alangkah terkejutnya aku apabila mendapati ramainya chat dari perempuan.

Setelah itu, aku terus bertanyakan padanya siapakah perempuan2 ini, 'dia' mengatakan bahawa itu adalah rakan2 facebooknya. 'Rakan2 facebook semesra begitu?, cara layanan awak seolah awak memberi harapan palsu awak pada mereka sedangkan awak sudah ada saya.' kataku. 'Dia' diam seketika kemudian 'dia' bersuara, 'mereka tu kawan2 saya, tak lebih dan lagi pula saya sudah berpunya..biasalah tu chatting2, bukan serius pon.' katanya. Aku terkejut dengan jawapannya, seolah ada sesuatu yang disembunyikan.

Kemudian sedarlah aku akan sesuatu, adakah 'dia' lelaki yang benar? tapi penampilannya, ilmunya, semuanya melambangkan segalanya. Aku akur, mungkin ini adalah ujian pada orang yang tengah bercinta, tapi?? pelbagai alasan cuba aku tepis bagi bersangka baik padanya. Dari itu, hubungan kami macam hari2 kebiasaan dimana chat dan call macam biasa.

Satu pagi, seusai solat subuh.. hati aku terasa berdebar dan terasa mahu menangis seolah2 aku merindukan sesuatu. Aku pandang sejadah, aku pejamkan mataku rapat2 dan tiba2 air mataku laju menuruni pipiku. 'Kenapa? Siapakah yang aku rindukan ini?' getus hatiku. Kepalaku seakan kusut seketika memikirkan kenapa tiba2 perasaan aku berubah sedih dan pada siapakah aku merindukan.

Sejak dari itu... (bersambung)


Friday, July 10, 2015

Pemilik Hakiki (Part 1)

One day, Allah kenalkan aku dengan seorang lelaki yang baik penampilannya, baik ilmu agamanya, perwatakannya, pergaulannya. Kami ditakdirkan berada didalam satu kumpulan untuk bergerak ke kerumah yang sudah ditentukan sewaktu berprogram. Aku telah dilantik sebagai ketua kumpulan dan waktu itu aku merasa sungguh takut kerna bagi aku 'title' seorang ketua bukan boleh di main2 kan tapi perlu ada karakternya tersendiri. Dan kami telah berusrah disebuah rumah ini bagi meneruskan agenda program kami pada hari tersebut.

Selesai dari usrah tersebut kami bersurai dan membantu ahli2 yang lain dalam menyediakan makanan tengahari. 'Dia' juga turut sama membantu, aku suka melihatnya yang sangat ringan tulang dalam membantu menyediakan makanan tengahari. Dan kami sekali lagi telah bersama-sama ditugaskan untuk menyediakan makanan tengahari untuk VIP. Setelah selesai dari kerja kami, kami duduk di tempat makan VIP untuk recheck balik makanan takut2 ada yang tertinggal.

Dan ketika itu lah 'dia' telah menegur aku, bertanyakan aku 'sekolah lama kat mana?', 'tinggal kat mana?' 'mak ayah orang mana?'. Aku pelik, tiada lelaki yang berani menegur aku hanya untuk berkenalan sehari dua kecuali rakan2 lama yang sudah lama misalnya sewantu sekolah2 dulu, sebabnya aku jenis yang serius. Orang yang dekat dengan aku sahaja yang kenal aku siapa.

Beberapa hari selepas daripada program yang dijalankan, ada seorang perempuan meminta untuk berjumpan dengan aku kerna ada sesuatu untuk disampaikan dari seseorang. Aku pelik, siapa pulak kan? Dan aku cuba mencari waktu terluang untuk berjumpa dengan perempuan tersebut kerna jadual kuliah yang agak padat ketika itu.

Pada satu petang,kami telah berjumpa dihadapan bangunan kuliah dan mengambil port yang sesuai untuk bercakap. Maka perempuan tersebut telah menyampaikan sesuatu hajat dari seorang lelaki yang meminati aku. Siapa??

Bersambung...

Wednesday, July 8, 2015

Ketika Cinta Allah Bertamu ~

Assalamu’alaikum w.b.t..lama xmenulis,sahabat semua sihat? alhamdulillah hari ni berkesempatan saya nak share satu kisah benar yang saya petik dari seorang sahabat bersumberkan whatsapp..alhamdulillah mungkin ada yang dah dengar kisah ni dan mungkin ada yang belum,,namun apa yang pasti kita ambil sesuatu dari kisah ini..semoga apa yang disampaikan dari kisah ini membawa iktibar yang besar didalam diri kita dan menjadikan diri kita hampir dengan Allah InsyaAllah.. 

Kisahnya bermula dimana seorang  wanita muslimah telah berjumpa dgn sahabat baiknya y ber’burqo’, ‘kamu beruntung kamu boleh ber’burqo’.. katanya  sambil menangis
Dulunya dia seorang y berburqo’ dan sering mengikuti  ‘ma’thurat’,tapi disebabkan kekangan dari keluarga dan larangan ibu bapa jadi dia mentaati ibu bapanya dan dia menanggalkan burqo’ dan memakai tudung labuh. Sejak dari itu dia juga tidak mengikuti ma’thurat kerana maknya memintanya untuk berhenti seketika.

Sepanjang dia bertudung labuh dia merasakan dirinya telah jauh dari Allah, dgn izin Allah mungkin Allah berkehendak dan kita xtahu apa y Allah nak bagi sebenarnya lepas tu. Dia jauh dari Allah dan dia sedar hatinya makin keras! susah untuk menangis! makin jauh dari Allah dan dia nak sangat Allah bimbing dia..dia nak sangat! Kemudian dia solat asar dan malam tu dia solat tahajjud,istikharah,hajat minta dgn Allah agar diberi petunjuk dan hidayah serta membimbingnya. Kemudian dia tidur,tapi xdapat jugak maksudnya Allah xnak bagi on the spot lah waktu tu dan memang hidayah ni Allah xbagi on the spot. Doanya tidak dimakbulkan dan dia tidak pernah berputus asa untuk tunggu hidayah tu dari Allah.

Dan satu hari dia solat asar, dan ketika dia solat asar, dia terdengar satu bacaan yang sangat merdu seperti mengimamkan dia, dia rasa itu lah solat yang paling khusyuk..palinggg khusyuk sehingga dia menitiskan air mata. Jadi pada rakaat terakhir dan pada sujud terakhir, kepala dia melekat dekat sejadah, jadi dia terperanjat..!!’apa dah jadi ni?’ getus hatinya, jadi waktu tu dia berselawat banyak2 dan tiba2 jadi blank gelap. Tiba2 ia bertukar putih dan waktu tu dia sedar dia didalam keadaan sujud dan dia telah berada didalam satu taman dan taman itu SUBHANALLAH sungguh cantik! yang dimana kecantikannya tidak boleh dibandingkankan dengan kecantikan yang ada kat dunia ini, memang sangat cantik!!

Dan kemudian dia ternampak seorang wanita yang berada ditaman itu, kemudian dia bagi salam.. ‘Assalamualaikum’ dan wanita tersebut menjawab.. ‘Waalaikumussalam w.b.t’. Dan ketika mana perempuan itu menjawab dan wanita itu terus menegurnya, ‘Wahai ukhti kenapa wajah kamu buruk! Kenapa wajah kamu jijik! Kenapa wajah kamu bernanah! Kenapa??’.. dan ketika itu dia pelik kenapa wanita tersebut berkata begitu padanya. Dan dia tertanya siapakah wanita ini, dan wanita itu sangat cantik! Dan bilamana kamu terlihat wanita diatas muka dunia cantik dan dia punya cantik itu SUBHANALLAH..kecantikan itu tidak dapat digambarkan kerana wanita itu sangat cantik. Kalaulah cantik bidadari itu boleh buat lelaki pengsan mungkin? Wanita itu sangat cantik!, memandang wajah itu sungguh tenang! dan tenang setenang tenangnya.

Dan kemudian wanita cantik itu berkata lagi, ‘Ya ukhti, kenapa wajah kamu buruk? Kenapa wajah kamu hodoh bernanah? Buruk,jijik?’ dan wanita itu tidak mahu mendekatinya. Dan berkata wanita itu, ‘Dan begitulah Allah memandang kamu betapa kotornya hati kamu ya ukhti sehingga muka mu begitu jijik,muka mu begitu buruk..! Dan kemudian wanita itu membawanya berada disebuah sungai dan disungai itu terdapat satu cerminan dimana dicerminkan dirinya dan dia melihat wajahnya sungguh buruk,,,! buruk! Disebabkan kotornya HATI!, sangat buruk! Dia menangis, lalu dia bertanya pada wanita tadi.. ‘Ya ukhti? Apa aku perlu buat? Apa yang perlu aku lakukan?’ dan wanita tersebut berkata.. ‘ Beristighfarlah kamu dan Allah sangat mencintai orang yang beristighfar ini,bertaubat kepada Allah..’

Jadi dia beristighfar, sekali dia buat tidak menjadi, kemudian dia istighfar2, bertahmid, istighfar, bertahmid,istighfar, bertahmid dan banyak zikir2.. Dan! Wajahnya cantik! Wajahnya telah bertukar yang buruk kepada cantik,malah lebih cantik dari yang ada diatas muka  bumi ini, sangat cantik! Kemudian dia menangis, dan wanita tersebut telah memberi kata2 nasihat kepadanya, dan dia bertanya..’Siapa kamu ya ukhti?’ wanita itu menjawab..’Kamu akan berjumpa aku dikota suci.’
Sebelum wanita itu beredar,wanita itu sekali lagi berpesan kepadanya..’Rindulah Allah dan Rasul mu, nanti kita akan jumpa insyaAllah.’ ‘Jangan tinggalkan ana ya ukhti, ana perlukan kamu untuk bimbing ana ke syurga Allah’ katanya. ‘Ana kene pergi..jangan risau, Allah akan hantarkan sahabat2 yang baik nanti kalau kamu dekatkan diri kamu dengan Allah, Allah akan hantar sahabat2 yang baik dengan kamu, sahabat yang baik yang dekat dengan Allah yang soleh dan solehah..’ kata wanita tersebut.

Kemudian dia merayu kepada wanita tersebut supaya jangan tinggalkannya.. ‘InsyaAllah kita akan berjumpa asalkan kamu taat perintah Allah, taat perintah ibu bapa..menyayangi mereka’ kata wanita tersebut. Dia berasa sedih, ‘Jangan sedih, nanti kita akan jumpa..’kata wanita itu. Kemudian wanita itu memeluknya, dan dia merasakan pelukan itu adalah setenang-tenang pelukan, lebih tenang dari pelukan seorang ibu dan dia macam kenal pelukan itu tapi dia masih lagi tidak pasti.
 Dan dia semacam kenal akan wanita ini, dan sebelum wanita itu beredar.. wanita itu berkata padanya.. ‘Ana..ana SAIDATINA ‘AISYAH,!!!  ana ialah SAIDATINA ‘AISYAH R.A..’ 
SAIDATINA ‘AISYAH R.A berkata padanya.. ‘ kamu jangan menangis..aku,ASIAH,MARYAM,KHADIJAH DAN RASULULLAH S.A.W  akan tunggu kamu disana bilamana kamu berubah kerana Allah.

:’( Sejak dari peristiwa itu, dia selalu menangis kerana takut tidak akan berjumpa lagi dengan SAIDATINA ‘AISYAH R.A dekat sana nanti dan setiap kali dia melihat wanita diluar sana, dia akan menangis bilamana dia melihat wanita2 muslimah sekarang ini adalah muslimah palsu! Wanita muslimah yang menutup aurat tetapi palsu, hakikatnya dalamannya dia tiada dan wanita2 yang tidak tutup aurat. Bilamana dia menceritakan kisah ini pada sahabatnya, sahabatnya sungguh takut, takut dan berfikir mungkin penyakit hatinya tidak seteruk dia tetapi wajahya sangat buruk disana..inikan kita muslimah biasa,kan? Dan sahabatnya berkata.. ‘Ya Allah….dunia tidak ada apa2, nothing!!!’

Alhamdulillah,setakat ini sahaja mampu saya kongsikan dengan sahabat2 semua dan tentang kisah ini semoga kita  mengambil iktibar dan pengajaran. Renung2 kanlah..sedarlah kita bahawa perjalanan seorang hamba ALLAH yang sebenar pahit diawalnya namun manis diakhirnya selagi kita mengejar-Nya dengan hati yang ikhlas..benarlah,hati itu memainkan peranan yang penting kerna segala2 nya bermula dari hati dan Allah itu tidak pernah salah dalam merancang perjalanan hidup hamba2 nya.. namun kita yang selalu tersalah dalam menilai perjalanan hidup kita sendiri,, Allah itu sifatnya Ar-Rahman Ar-Rahim (pengasih n penyayang).. namun masih belum terlambat bukan??

Sekian dari wardahwafa..mohon maaf atas salah silap didalam perkongsian ini,apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang kurang itu dating daripada kelemahan diri saya sendiri selaku hamba Allah yang dhaif dan pesanan terakhir dari saya..’Jaga2 dengan hati kerna ada yang memerhati’ 
Wallahu’lam ~