Wednesday, July 8, 2015

Ketika Cinta Allah Bertamu ~

Assalamu’alaikum w.b.t..lama xmenulis,sahabat semua sihat? alhamdulillah hari ni berkesempatan saya nak share satu kisah benar yang saya petik dari seorang sahabat bersumberkan whatsapp..alhamdulillah mungkin ada yang dah dengar kisah ni dan mungkin ada yang belum,,namun apa yang pasti kita ambil sesuatu dari kisah ini..semoga apa yang disampaikan dari kisah ini membawa iktibar yang besar didalam diri kita dan menjadikan diri kita hampir dengan Allah InsyaAllah.. 

Kisahnya bermula dimana seorang  wanita muslimah telah berjumpa dgn sahabat baiknya y ber’burqo’, ‘kamu beruntung kamu boleh ber’burqo’.. katanya  sambil menangis
Dulunya dia seorang y berburqo’ dan sering mengikuti  ‘ma’thurat’,tapi disebabkan kekangan dari keluarga dan larangan ibu bapa jadi dia mentaati ibu bapanya dan dia menanggalkan burqo’ dan memakai tudung labuh. Sejak dari itu dia juga tidak mengikuti ma’thurat kerana maknya memintanya untuk berhenti seketika.

Sepanjang dia bertudung labuh dia merasakan dirinya telah jauh dari Allah, dgn izin Allah mungkin Allah berkehendak dan kita xtahu apa y Allah nak bagi sebenarnya lepas tu. Dia jauh dari Allah dan dia sedar hatinya makin keras! susah untuk menangis! makin jauh dari Allah dan dia nak sangat Allah bimbing dia..dia nak sangat! Kemudian dia solat asar dan malam tu dia solat tahajjud,istikharah,hajat minta dgn Allah agar diberi petunjuk dan hidayah serta membimbingnya. Kemudian dia tidur,tapi xdapat jugak maksudnya Allah xnak bagi on the spot lah waktu tu dan memang hidayah ni Allah xbagi on the spot. Doanya tidak dimakbulkan dan dia tidak pernah berputus asa untuk tunggu hidayah tu dari Allah.

Dan satu hari dia solat asar, dan ketika dia solat asar, dia terdengar satu bacaan yang sangat merdu seperti mengimamkan dia, dia rasa itu lah solat yang paling khusyuk..palinggg khusyuk sehingga dia menitiskan air mata. Jadi pada rakaat terakhir dan pada sujud terakhir, kepala dia melekat dekat sejadah, jadi dia terperanjat..!!’apa dah jadi ni?’ getus hatinya, jadi waktu tu dia berselawat banyak2 dan tiba2 jadi blank gelap. Tiba2 ia bertukar putih dan waktu tu dia sedar dia didalam keadaan sujud dan dia telah berada didalam satu taman dan taman itu SUBHANALLAH sungguh cantik! yang dimana kecantikannya tidak boleh dibandingkankan dengan kecantikan yang ada kat dunia ini, memang sangat cantik!!

Dan kemudian dia ternampak seorang wanita yang berada ditaman itu, kemudian dia bagi salam.. ‘Assalamualaikum’ dan wanita tersebut menjawab.. ‘Waalaikumussalam w.b.t’. Dan ketika mana perempuan itu menjawab dan wanita itu terus menegurnya, ‘Wahai ukhti kenapa wajah kamu buruk! Kenapa wajah kamu jijik! Kenapa wajah kamu bernanah! Kenapa??’.. dan ketika itu dia pelik kenapa wanita tersebut berkata begitu padanya. Dan dia tertanya siapakah wanita ini, dan wanita itu sangat cantik! Dan bilamana kamu terlihat wanita diatas muka dunia cantik dan dia punya cantik itu SUBHANALLAH..kecantikan itu tidak dapat digambarkan kerana wanita itu sangat cantik. Kalaulah cantik bidadari itu boleh buat lelaki pengsan mungkin? Wanita itu sangat cantik!, memandang wajah itu sungguh tenang! dan tenang setenang tenangnya.

Dan kemudian wanita cantik itu berkata lagi, ‘Ya ukhti, kenapa wajah kamu buruk? Kenapa wajah kamu hodoh bernanah? Buruk,jijik?’ dan wanita itu tidak mahu mendekatinya. Dan berkata wanita itu, ‘Dan begitulah Allah memandang kamu betapa kotornya hati kamu ya ukhti sehingga muka mu begitu jijik,muka mu begitu buruk..! Dan kemudian wanita itu membawanya berada disebuah sungai dan disungai itu terdapat satu cerminan dimana dicerminkan dirinya dan dia melihat wajahnya sungguh buruk,,,! buruk! Disebabkan kotornya HATI!, sangat buruk! Dia menangis, lalu dia bertanya pada wanita tadi.. ‘Ya ukhti? Apa aku perlu buat? Apa yang perlu aku lakukan?’ dan wanita tersebut berkata.. ‘ Beristighfarlah kamu dan Allah sangat mencintai orang yang beristighfar ini,bertaubat kepada Allah..’

Jadi dia beristighfar, sekali dia buat tidak menjadi, kemudian dia istighfar2, bertahmid, istighfar, bertahmid,istighfar, bertahmid dan banyak zikir2.. Dan! Wajahnya cantik! Wajahnya telah bertukar yang buruk kepada cantik,malah lebih cantik dari yang ada diatas muka  bumi ini, sangat cantik! Kemudian dia menangis, dan wanita tersebut telah memberi kata2 nasihat kepadanya, dan dia bertanya..’Siapa kamu ya ukhti?’ wanita itu menjawab..’Kamu akan berjumpa aku dikota suci.’
Sebelum wanita itu beredar,wanita itu sekali lagi berpesan kepadanya..’Rindulah Allah dan Rasul mu, nanti kita akan jumpa insyaAllah.’ ‘Jangan tinggalkan ana ya ukhti, ana perlukan kamu untuk bimbing ana ke syurga Allah’ katanya. ‘Ana kene pergi..jangan risau, Allah akan hantarkan sahabat2 yang baik nanti kalau kamu dekatkan diri kamu dengan Allah, Allah akan hantar sahabat2 yang baik dengan kamu, sahabat yang baik yang dekat dengan Allah yang soleh dan solehah..’ kata wanita tersebut.

Kemudian dia merayu kepada wanita tersebut supaya jangan tinggalkannya.. ‘InsyaAllah kita akan berjumpa asalkan kamu taat perintah Allah, taat perintah ibu bapa..menyayangi mereka’ kata wanita tersebut. Dia berasa sedih, ‘Jangan sedih, nanti kita akan jumpa..’kata wanita itu. Kemudian wanita itu memeluknya, dan dia merasakan pelukan itu adalah setenang-tenang pelukan, lebih tenang dari pelukan seorang ibu dan dia macam kenal pelukan itu tapi dia masih lagi tidak pasti.
 Dan dia semacam kenal akan wanita ini, dan sebelum wanita itu beredar.. wanita itu berkata padanya.. ‘Ana..ana SAIDATINA ‘AISYAH,!!!  ana ialah SAIDATINA ‘AISYAH R.A..’ 
SAIDATINA ‘AISYAH R.A berkata padanya.. ‘ kamu jangan menangis..aku,ASIAH,MARYAM,KHADIJAH DAN RASULULLAH S.A.W  akan tunggu kamu disana bilamana kamu berubah kerana Allah.

:’( Sejak dari peristiwa itu, dia selalu menangis kerana takut tidak akan berjumpa lagi dengan SAIDATINA ‘AISYAH R.A dekat sana nanti dan setiap kali dia melihat wanita diluar sana, dia akan menangis bilamana dia melihat wanita2 muslimah sekarang ini adalah muslimah palsu! Wanita muslimah yang menutup aurat tetapi palsu, hakikatnya dalamannya dia tiada dan wanita2 yang tidak tutup aurat. Bilamana dia menceritakan kisah ini pada sahabatnya, sahabatnya sungguh takut, takut dan berfikir mungkin penyakit hatinya tidak seteruk dia tetapi wajahya sangat buruk disana..inikan kita muslimah biasa,kan? Dan sahabatnya berkata.. ‘Ya Allah….dunia tidak ada apa2, nothing!!!’

Alhamdulillah,setakat ini sahaja mampu saya kongsikan dengan sahabat2 semua dan tentang kisah ini semoga kita  mengambil iktibar dan pengajaran. Renung2 kanlah..sedarlah kita bahawa perjalanan seorang hamba ALLAH yang sebenar pahit diawalnya namun manis diakhirnya selagi kita mengejar-Nya dengan hati yang ikhlas..benarlah,hati itu memainkan peranan yang penting kerna segala2 nya bermula dari hati dan Allah itu tidak pernah salah dalam merancang perjalanan hidup hamba2 nya.. namun kita yang selalu tersalah dalam menilai perjalanan hidup kita sendiri,, Allah itu sifatnya Ar-Rahman Ar-Rahim (pengasih n penyayang).. namun masih belum terlambat bukan??

Sekian dari wardahwafa..mohon maaf atas salah silap didalam perkongsian ini,apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang kurang itu dating daripada kelemahan diri saya sendiri selaku hamba Allah yang dhaif dan pesanan terakhir dari saya..’Jaga2 dengan hati kerna ada yang memerhati’ 
Wallahu’lam ~





No comments:

Post a Comment