Saturday, July 11, 2015

Pemilik Hakiki (Part 2)

'Dia' suka kan akak, hah? aku terkejut, lelaki yang satu program dengan aku dan usrah yang sama, tak kan lelaki sebaiknya boleh jatuh hati dengan perempuan macam aku ni. 'Akak terima tak ni? sekarang 'dia' sedang mencari, kalau akak tak terima tak pe lah' katanya. Emm..bila difikirkan balik 'dia' ada ciri2 lelaki yang mak dan ayah aku idamkan,apatah lagi aku. Waktu itu tanpa berfikir panjang aku menerima lamaran tersebut. Dan pada malamnya 'dia' telah mesej aku dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menerimanya.

Aku gembira, aku hanya berharap semoga apa yang cuba dibina oleh kami ini berkekalan sampai bila2. Satu hari dia telah menceritakan padaku bahawa 'dia' telah menceritakan tentang ku kepada ibunya. Aku sangat teruja kerna 'dia' berani menceritakan tentang aku pada ibunya. Maka dengan itu aku juga memberanikan diri untuk menceritakan tentangnya kepada mak aku. Alhamdulillah mak aku menyambut baik perkhabaran ini.

Selepas dari itu kami merancang agar hubungan ini agar boleh diteruskan dengan lebih jauh lagi. Kami merancang untuk dikhitbahkan, akan tetapi disekat oleh kedua2 belah keluarga kerana faktor pembelajaran kami yang masih berbaki beberapa tahun lagi. Akhirnya kami akur akan keputusan ini. Setelah lama kami berkenalan, satu persatu aku mengenali si 'dia', 'dia' seorang yang baik, selalu bertanyakan khabarku, menelefonku dan memberi kata2 nasihat.

Selain itu, aku juga ada merisik kepada kawan2 aku tentangnya. Aku gembira, kata kawan ku 'dia' seorang yang baik dan pandai mengaji. Aku tersenyum, alhamdulillah. Dalam tempoh itu aku makin hari makin mengenalinya, semuanya baik2 belaka, tiada cacat cela sampailah pada suatu hari dengan izinnya aku telah memasuki akaun facebooknya. Aku membuka mesejnya, alangkah terkejutnya aku apabila mendapati ramainya chat dari perempuan.

Setelah itu, aku terus bertanyakan padanya siapakah perempuan2 ini, 'dia' mengatakan bahawa itu adalah rakan2 facebooknya. 'Rakan2 facebook semesra begitu?, cara layanan awak seolah awak memberi harapan palsu awak pada mereka sedangkan awak sudah ada saya.' kataku. 'Dia' diam seketika kemudian 'dia' bersuara, 'mereka tu kawan2 saya, tak lebih dan lagi pula saya sudah berpunya..biasalah tu chatting2, bukan serius pon.' katanya. Aku terkejut dengan jawapannya, seolah ada sesuatu yang disembunyikan.

Kemudian sedarlah aku akan sesuatu, adakah 'dia' lelaki yang benar? tapi penampilannya, ilmunya, semuanya melambangkan segalanya. Aku akur, mungkin ini adalah ujian pada orang yang tengah bercinta, tapi?? pelbagai alasan cuba aku tepis bagi bersangka baik padanya. Dari itu, hubungan kami macam hari2 kebiasaan dimana chat dan call macam biasa.

Satu pagi, seusai solat subuh.. hati aku terasa berdebar dan terasa mahu menangis seolah2 aku merindukan sesuatu. Aku pandang sejadah, aku pejamkan mataku rapat2 dan tiba2 air mataku laju menuruni pipiku. 'Kenapa? Siapakah yang aku rindukan ini?' getus hatiku. Kepalaku seakan kusut seketika memikirkan kenapa tiba2 perasaan aku berubah sedih dan pada siapakah aku merindukan.

Sejak dari itu... (bersambung)


No comments:

Post a Comment