Friday, July 10, 2015

Pemilik Hakiki (Part 1)

One day, Allah kenalkan aku dengan seorang lelaki yang baik penampilannya, baik ilmu agamanya, perwatakannya, pergaulannya. Kami ditakdirkan berada didalam satu kumpulan untuk bergerak ke kerumah yang sudah ditentukan sewaktu berprogram. Aku telah dilantik sebagai ketua kumpulan dan waktu itu aku merasa sungguh takut kerna bagi aku 'title' seorang ketua bukan boleh di main2 kan tapi perlu ada karakternya tersendiri. Dan kami telah berusrah disebuah rumah ini bagi meneruskan agenda program kami pada hari tersebut.

Selesai dari usrah tersebut kami bersurai dan membantu ahli2 yang lain dalam menyediakan makanan tengahari. 'Dia' juga turut sama membantu, aku suka melihatnya yang sangat ringan tulang dalam membantu menyediakan makanan tengahari. Dan kami sekali lagi telah bersama-sama ditugaskan untuk menyediakan makanan tengahari untuk VIP. Setelah selesai dari kerja kami, kami duduk di tempat makan VIP untuk recheck balik makanan takut2 ada yang tertinggal.

Dan ketika itu lah 'dia' telah menegur aku, bertanyakan aku 'sekolah lama kat mana?', 'tinggal kat mana?' 'mak ayah orang mana?'. Aku pelik, tiada lelaki yang berani menegur aku hanya untuk berkenalan sehari dua kecuali rakan2 lama yang sudah lama misalnya sewantu sekolah2 dulu, sebabnya aku jenis yang serius. Orang yang dekat dengan aku sahaja yang kenal aku siapa.

Beberapa hari selepas daripada program yang dijalankan, ada seorang perempuan meminta untuk berjumpan dengan aku kerna ada sesuatu untuk disampaikan dari seseorang. Aku pelik, siapa pulak kan? Dan aku cuba mencari waktu terluang untuk berjumpa dengan perempuan tersebut kerna jadual kuliah yang agak padat ketika itu.

Pada satu petang,kami telah berjumpa dihadapan bangunan kuliah dan mengambil port yang sesuai untuk bercakap. Maka perempuan tersebut telah menyampaikan sesuatu hajat dari seorang lelaki yang meminati aku. Siapa??

Bersambung...

2 comments: