Hidup ini teralalu singkat untuk mengenang kisah-kisah lalu.
Ya, apabila dikenang kembali ia terlalu perit dan hampa, sangat pedih di hati!
Tapi siapalah kita bukan, hanya manusia biasa yang tiada terlepas dari dosa
noda. Cukuplah mendabik dada mengira hebatnya kita di mata manusia, apakah kamu
sudah dipandang hebat di mata hati Allah? Fikirkan.
Ini kisah aku ..
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi tanggal 5.2.2016 hari
Jumaat yang damai genap aku berusia 22 tahun, diberi kesempatan umur oleh Allah
swt untuk bernafas di dunia pinjamanNya. Ini bermakna usia perkahwinan umi dan
baba juga sudah genap 23tahun. Ya, mereka berkahwin pada Mac 1993 dan pada
tanggal 5.2.199 aku kembali kedunia setelah 9 bulan di alam rahim.
Alhamdulillah, tidak semua bayi di saat kelahiran berkesempatan untuk menjenguk
dunia, ada yang pergi saat diaalam rahim dan sebagainya. Tapi aku diberi
kesempatan oleh Allah swt untuk menjenguk ke alam dunia ini. Allahurabbi. Awak
yang sedang membaca tulisan ini juga insan terpilih untuk menjenguk dunia.
Sedarkah kita? Fikirkan.
Untuk hadiah hari kelahiran tahun ini aku tidak mendapat
apa-apa sebarang bentuk hadiah yang berbentuk ‘material’ daripada umi baba atau
sesiapa dan aku juga tidak meminta apa. Cukuplah doa2 yang tidak putus dari
yang mendoakan. Seperti tahun lepas aku mendapat seutas jam tangan daripada umi
baba. Alhamdulillah. Namun tidak
perlulah aku mengeluh dan bersedih jika tidak mendapat sebarang bentuk
hadiah daripada mereka, cukuplah aku yang sepatutnya berterima kasih kepada
mereka kerana bersabar menahan penat lelah menjaga aku hingga ke usia ini. Tapi
padaku ucapan terima kasih itu pun belum cukup untuk membalas segala jasa
mereka. Allahurabbi, ampunkan dosa-dosaku. Syukurlah kita diberi kesempatan
oleh Allah untuk dibesarkan ditangan ibu bapa kandung sendiri, cuba lihat di
luar sana berapa ramai anak-anak kecil setelah dilahirkan dibesarkan di rumah
anak yatim kerana telah ketiadaan kedua orang tua. Pernahkah kita ambil tahu?
Fikirkan.
Dan aku terus berdoa supaya Allah kirimkan hadiah buatku
untuk kelahiran ke-22 ini. Aku mintak hadiah dari Allah dan keesokan harinya
aku dikejutkan dari tidur oleh adikku …
‘Along, bangun nak balik ganung jap lagi tok ki meninggal’
kejut adikku.
Tok Ki? Tok Ki yang mana satu ye,, hmm aku masih
tertanya-tanya. ‘Tok Ki ramai ni, tapi yang mana ya..?’ getus hatiku.
Sebenarnya semua tok saudara yang laki belah umi aku panggil tok ki, asal laki
je tok ki hehehe. Perjalanan ke Kuala Terengganu hari tu mengambil masa dalam
3jam lebih, alhamdulillah bila sampai di perkarangan rumah tok ki t u barulah
aku prasan ‘oo tok ki yang ni..hmm dh xde.’ Ya, aku sedih.. tok ki ni lah salah
satu tok ki yang suka cium dan peluk aku bila aku balik beraya ke rumah dia. “hmm..
lepas ni x de dah ciuman dan pelukan dari tok ki..las jumpa tok ki raya tahun
lepas.” Ratap hati kecilku.
Saat aku naik ke rumah tok ki, orang ramai datang melawat
tok ki,, masa aku sampai tok ki sedang dimandikan, lama lepas tu tok ki siap
dimandikan dan dikafankan. Kemudian langsir dibuka untuk semua anak-anak dan
cucu-cucu mengucup wajah tok ki. Aku lihat wajah tok ki putih sangat, tenang,
bersih dan aku tahan air mata ini untuk turun ke pipi. Aku nak cium tok ki
macam tok ki cium aku dulu tapi aku tak kuat macam tok ki. Aku rindu!! Tok Ki
pernah cakap hari tu, aku ingat lagi.. ya, aku masih ingat.. “sempat ke tak tok
ki tengok wafa’ kawin..” Allahu tok ki,, tok ki tengok dari atas sana ya along
kawin nanti, bila dan siapa biar Allah yang tentukan. Along doakan tok ki
tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aamiin.
Aku tidak sempat untuk melihat atau bermanja dengan arwah
Tok Ki (ayah umi), pon aku panggil tok ki jugak. Tok pergi masa umi menuntut di
Jordan akibat masalah jantung dan waktu tu umi
masih belum berkahwin. Macam mana rupa tok, sikap tok, dan macam2 lagi
tentang tok semua aku tanya umi. Ya, tok memang tok ki yang hebat. Tapi Allah
swt tu Maha Adil, Allah gantikan tok dengan hadirnya tok2 sedara yang
memanjakan kami macam cucu sendiri. Semoga tok dan tok ki tenang disana.
Alfatihah.
Alhamdulillah semua berjalan lancar pada hari tu, saat
keranda tok ki di usung ke atas van jenazah aku ikut dari belakang dan ya,, tok
ki dah pergi. Tok Ki.. :’(
Dan saat aku menuruni anak tangga rumah tok ki, aku pandang
ke bawah.. aku lihat sebuah keluarga yang hampir 7 tahun tidak berjumpa.
Allahu, aku senyum pada lelaki itu.. aku lihat dia semakin kurus, dia lah bapa
saudara ku adik umi. Dia membalas senyumanku. Bapa saudaraku masih ingat aku,,
ALLAH! Aku capai kasut croc pink kesayanganku (hehehe) dan terus bersalam
dengan bapa saudaraku itu kemudian aku memeluknya. Rindu! 7 tahun! 7 tahun tak jumpa.
Aku salam peluk cium mak saudaraku dan sepupu2 hero ku Allah semua dah
besar, dulu kecik2 lagi main daun sama2. Hahaha
Kemudian aku lihat diatas dukung mak saudara ku, ada anak
kecil perempuan lengkap bertudung. “Inikah anak kecil perempuan yang
dimaksudkan itu” kata hatiku. “Panggil je Sumayyah”, kata bapa saudaraku.
Sumayyah! Allah hebat nama tu. Ya, memang dia dan dia adalah Sumayyah!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun demi tahun berlalu..
Setelah sekian lama tidak berjumpa, aku dikhabarkan yang aku
telah mendapat sepupu baru perempuan tapi hanya Allah Maha Tahu kenapa masih
tidak diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa. Aku nak jumpa baby tu, nak
jumpa nak tengok wajahnya nak tengok darah daging aku. ALLAH.
Dan …
Bererapa bulan lepas aku telah bermimpi aku berjumpa dengan
sepupu kecil ku dan keluarga itu, ya..memang cantik memang comel baby perempuan
itu. Di dalam mimpi itu sangat indah. Aku bahagia bergelak ketawa dengan mereka
dannn Allah tahu aku rindu mereka dan Allah kirim pertemuan ini di dalam sebuah
mimpi. Aku tersedar dari tidur dan aku menangis, dan sedarlah aku ini cuma mimpi.
Mimpi sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan Allah swt itu Maha Kaya, hari ini sebuah mimpi telah
menjadi kenyataan. Setelah hampir 7 tahun kami berjumpa lagi atas aturan Allah.
Semua Allah aturkan. Ya, semua Allah aturkan..kita kene yakin itu. Dan aku kira
inilah hadiah hari kelahiran ku yang ke-22 dari Allah, “Mimpi Jadi Kenyataan”.
Siapalah kita nak menolak takdir, Allah itu lebih tahu saat
yang tepat untuk kita berpisah dan bertemu kembali keranaNya kerana Allah swt.
Sedarlah kita ini memang tidak punya apa2 pon kerna yang memiliki
segala-galanya adalah Allah swt. Pengetahuan Allah swt itu sangat luas,, seluas
luasnya. Dan ingatlah, sebuah kesabaran akan dihadiahi oleh Allah swt dengan sebuah kenyataan. Percayalah. Allah ada
di mana-mana.
Sumayyah,, ada jodoh kita jumpa lagi dan main sama2 ya. :)
Terima Kasih Allah.
No comments:
Post a Comment