Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum kpd semua pembaca blog sy y senantiasa
didalam rahmat dan lindungan Allah..insyaAllah J
harap semua sihat2 ye..insyaAllah kali ni wardahwafa akan kongsikan sebuah
kisah y diadaptasi dari kisah benar seorang remaja muslimah…jom saya
perdengarkan J
Kompas hidup adalah sebuah cerita dimana situasi seorang
pelajar yang bernama Hanan menginginkan sebuah Al-Quran tafsir y bersaiz besar
sebagai tempat ia membuat rujukan didalam study selain menambah ilmu
pengetahuan yang baru tentang isi2 al-quran. Hanan merupakan pelajar Tahun 2 disebuah
kolej islam,bidang y diceburinya memerlukan pengetahuan yang banyak mengenai
ayat2 al-quran dan hanan berfikir masih banyak perkara y perlu ia belajar
didalam al-quran selain menghafalnya tanpa memahami maksud ayat. Kebetulan pada
suatu hari, kolej Hanan telah mengadakan pameran buku secara kecil-kecilan
kepada siswa dan siswi. Dan kisahnya bermula… :)
“Eh awak, ada jualan al-quran skali la kt sini..jom kita
tengok”, kata hanan kepada kawannya. Haa jom lh.. waktu hanan sedang melihat
jualan al-quran tersebut.. seorang makcik datang menerangkan bagaimana fungsi
al-quran2 y dijualnya. Hanan teruja sebab ada al-quran digital y mampu
berfungsi dgn begitu canggih dgn hanya menunjukkan sahaja dengan pen digital
pada mana2 ayat y kita mahu seterusnya ia akan mengeluarkan suara bagi
pembacaan yang betul. “Waahhhh canggihkan awak,nk beli xmampu la kita rm500
kot..rugi la kn org y mampu beli semua ni tapi tak gunakan ia sebaik mungkin..”
kata hanan kepada kawannya. Hanan tanpa segan masih mencuba lagi al-quran
digital tersebut d samping menanyakan pelbagai soalan kepada makcik tersebut
mengenai fungsi2 al-quran digital.
Dan tiba2….hanan ternampak sebuah al-quran y besar y cantik
y hanan mahukan selama ni. Yes! Ada jugak quran y aku nak selama ni..hehe, tapiii
agak2 ayah bagi ke tak kalau aku nak..hmm kene mesej dulu tanya camane,kene
mintak izin ayah dulu baru boleh beli.. hanan berbisik didalam hatinya. Untuk
sebarang kerja y dibuat Hanan,pasti dia akan memilih untuk mintak kebenaran ibu
n ayahnya terlebih dahulu. Seusai kuliah, hanan mengambil masa sekejap untuk
mesej ayahnya mengenai hajatnya tadi.. mesejnya berbunyi, “salam ayah..ayah
chat?? Along nk mintak kebenaran ayah utk beli quran tafsir utk rujukan
study..tpi hrga dy RM110, boleh x ayah?? Kalau tak boleh xpe, along xkisah ;-)”
then ddk kejap ayahnya membalas mesej
“ok..nanti ayah masukkan duit” hehehe..ape lagi,senyum ke telinga la hanan
akhirnya impian dia nk memiliki al-quran tu tercapai. Then,hanan membalas balik
mesej ayahnya dgn berkata “time kasih ayah..sayang ayah,mmuahh..hehe” itulah
hanan,sangat manja dengan ayahnya.
Kawan2 hanan pun turut sama membeli al-quran..selepas hanan
n kawan2 nya siap order jenis2 quran y dimahukan mereka hanya perlu tunggu makcik
tersebut datang kembali untuk penghantaran al-quran. Dan pada mlm tu, makcik
tersebut tlh menelefon hanan y dia akan kerumah sewa hanan untuk membuat
penghantaran al-quran. Sampainya m.cik tersebut maka quran y diimpikan telah
menjadi milik hanan dan ape lagi senyum memanjangla..hehe, dan tibe2!! Suami kpd m.cik td bersuara, “awak beli quran
sume ni mahal2 masa mana awk baca? Ade masa ke nk baca quran?..hanan
terkesima,hanan berfikir..ia soalan sycho atau sekadar nk bergurau..oppss!!
kelu lidah,xtw nk jwb ape..hanan mampu memegang erat qurannya setelah mendengar
soalan tadi.
“Awak tw x,ank p.cik sorg blajar kt India..sorg kt luar
negara jgk,sume berjaya amik bidang hebat2 dalam perubatan..sume Berjaya,tapi y
p.cik pelik setiap kali balik bercuti d rumah,bila p.cik menjenguk apa y dibuat
anak p.cik tidak pernah skalipun nk nampak baca quran..tido pun dengan buku,quran
dibiarkan je berhabuk dirak buku” kata p.cik tersebut sambal diperhatikan m.cik
td isterinya. Hanan hanya mengangguk-angguk mendengar cite p.cik td n mula
berfikirkan sesuatu..emm nape plak xbaca?? Bukankah salah satu dripada rahsia
kejayaan seseorang adalah dengan mendampingi quran?? Bisik hati hanan. P.cik td
menyambung cerita, “bila p.cik tanya anak p.cik bila kamu baca quran, ayah
tengok banyak dengan buku je..” anaknya menjawab “xsempat ayah,banyak yang
perlu dibaca banyak y perlu difaham dalam buku2 ni..” Hanan sedih,quran besar y
dipegang hanan dipeluk erat dan dicium quran itu secara perlahan oleh hanan..”aku
akan cuba untuk menjaga n membacamu..aku takkan sia2 kn kau walaupun aku hanya
seorang pelajar biasa,” bisik hanan didalam hati dengan nada sedih.
P.cik td berpesan pd hanan..”bacalah quran,faham isinya,
damping dia..itulah kejayaan sebenar seorang pelajar”.. “insyaAllah p.cik..”
jawab hanan sambal mengukir senyuman tanda puas mendengar nasihat y agak
ringkas tpi dalam maksudnya. M.cik td berterima kasih kerana telah membeli
al-quran jualannya dan pasangan suami isteri itu berlalu pergi. Bagi hanan, malam
itu adalah malam y penuh erti penuh makna y tersirat n tersurat. Semoga p.cik n
m.ci mendapat saham akhirat ats jualan al-quran mereka..insyaAlllah J
AL-QURAN…wahyu Allah,panduan manusia..kenapa manusia
tinggalkannya?? Tidakkah itu panduan hidup sepanjang zaman,kenapa disiakan
dengan perkara dunia y tidak pernah luput dek zaman, tidakkah akhirat itu suatu
tempat y kekal..sibuk sangatkah kita al-quran ditinggalkan berhabuk.. Allah ada
berfirman :
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ
ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا
ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ
وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
‘Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya
permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu
serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak…” (QS. Al Hadid 20)
Ayuh koreksi diri..kompas hidup manusia takkan pernah
berhenti berdetik melainkan diambil nyawanya.. kita bergerak melalui empat
sisi..kadang2 kita diatas,kadang2 kita dibawah,kadang2 melencong ke kiri dan ke
kanan..adakah waktu diatas,dibawah,kiri dan kanan merupakan detik emas untuk
kita mengisi masa dengan membaca al-quran..sudahkah kita bersedia?? Layakkah
kita untuk syurga Allah..dannn disaat ini, dimanakah letaknya Al-quran kita??
Kita dah baca quran ke belum hari ni?? Adakah kita sekadar baca tanpa memahami
makna ayat?? Nah, saya ingin kongsikan pada semua diantara kelebihan membaca
al-quran :
Mendapatkan sakinah, rahmat, dikelilingi malaikat, dan
dipuji Allah di hadapan makhluk-Nya.
Dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah
suatu kaum berkumpul di salah satu rumah-rumah Allah untuk melantunkan
ayat-ayat suci Al-Qur’an dan mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka
ketengangan, akan dilingkupi pada diri mereka dengan rahmat, akan dilingkari
oleh para malaikat, dan Allah pun akan menyebut (memuji) mereka di hadapan
makhluk yang ada di dekat-Nya.” (HR. Muslim)
Dalil Hadis: Tentang celaan orang yang pandai dengan urusan
dunia namun bodoh dengan urusan akhirat.
Rasulullah s.a.w bersabda:
إِنَّ اللهَ يَبْغَضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ
جَوَّاظٍ ، سَجَّابٍ فِى اْلاَسْوَاقِ ،جِيْفَةٍ بِاالَّيْلِ ، حَمَّارْ بِا لنَّهَارِ
، عَالِمٍ بِأَمْرِا لدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ اْلاٰخِرَةِ
Ertinya:
“Sesungguhnya Allah membenci setiap kata-kata kasar lagi
sombong, banyak berteriak di pasar, bagai bangkai di waktu malam dan seperti
himar di waktu siang, Pandai dengan urusan dunia namun bodoh dengan urusan
akhirat.”
(Hasan, HR Ibnu Hibban (1957), di Shahihkan oleh imam ibnu
Hibban, di hasankan oleh Syeikh Ahmad Syakir -sebagaimana yang disebutkan oleh
Bakr Abu Zaid dalam kitabnya Al-Mati' Khirosatul Fadhilah)).
Ayuh tepuk dada tanya iman J
No comments:
Post a Comment