Thursday, February 19, 2015

Mudah Mati Bukan Jaminan

          MUDAH MATI BUKAN JAMINAN

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda : ‘Setiap manusia yang meninggal dunia pasti menyesal’. Para sahabat bertanya : ‘Menyesal disebabkan apa wahai Rasulullah ?’ Baginda menjawab : ‘Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya. Jika dia orang jahat, dia menyesal kerana tidak berhenti dari kejahatannya.’ (riwayat at-tirmizi)

Para pembaca yang budiman, peringatan ini jelas menunjukkan bahawa kita pasti akan melalui kematian dengan penuh penyesalan. Jika yang baiknya pun menyesal apatah lagi yang tidak baik.

HIDUP DUA KALI, AMAL SEKALI

Kita biasa mendengar hidup hanya sekali, maka gunakanlah kehidupan ini sebaik mungkin. Sebenarnya hidup bukan sekali, tetapi dua kali. Namun peluang melakukan amal soleh hanya sekali kerana pada kehidupan yang kedua, kita hanya akan menerima pembalasan amalan, tiada lagi melakukan amal soleh.

Oleh kerana itulah manusia yang mati dalam keadaan tidak beriman akan merayu-rayu meminta izin untuk dihidupkan kembali atas dunia kerana menyesal dengan kehidupan lamanya.

Allah Subhanallahu Taala berfirman : ‘Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa menundukkan kepala dihadapan tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina sambil merayu) : ‘Wahai tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar (akan segala yang kami ingkari dulu).

‘Maka kembalikanlah kami kedunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin’  (Surah As-sajadah 32:12)

Inilah sebenarnya yang akan berlaku.

Pada kehidupan kedua nanti tiada lagi kematian. Kita akan hidup selama-lamanya. Jika kita beriman pasti diganjari dengan syurga. Jka kufur, nerakalah tempat abadi.
Inilah yang membuktikan bahawa kita memang makhluk yang lemah, tiada kuasa dan hanya bergantung pada yang maha kuasa.


RASULULLAH S.A.W PUN SAKIT KETIKA MATI

Sebaik-baik manusia atas dunia iaitu kekasih Allah : Nabi s.a.w juga menghadapi kegeringan saat skaratul maut. Inikan pula kita yang tiada dalam senarai kekasih Allah, pasti tahap kesakitan itu lebih tinggi berbanding baginda.

Saidatina Aisyah r.a bercerita : ‘Aku melihat nabi s.a.w semasa baginda hampir wafat, disisi ada sebuah bekas berisi air. Baginda memasukkan tangannya kedalam bekas air itu dan menyapu mukanya.

Lalu baginda berdoa : ‘Ya Tuhanku, berilah aku pertolongan terhadap penderitaaan maut (yang sedang aku hadapi ini).’ (Riwayat Ahmad,An-nasai dan Ibnu Majah)

KEADAAN MATI BUKAN JAMINAN

Jelaslah bahawa jika seseorang mati dalam kedaan sukar, maka itu bukan jaminan bahawa kehidupannya di hari akhirat akan menjadi sukar. Jika matinya senang sekalipun tentunya bukan jaminan kehidupan selepas itu akan menjadi lebih baik.

Kenapa begitu ? Kerana nabi sendiri berasa sangat sukar semasa menghadapi sakaratul maut. Bahkan Aisyah r.a juga pernah berkata : ‘Aku tidak memandang elok orang yang dimudahkan sakaratul maut selepas aku melihat kesukaran rasulullah menghadapi sakaratul maut.’ (Riwayat At-tirmizi dan An-nasai)

Ingatlah, setiap yang bernyawa pasti akan mersai kematian. Yang menjamin kehidupan yang kedua yang lebih baik ialah amalan yang baik dan rahmat Allah. Oleh itu, bersedialah dengan amalan soleh dengan secukupnya, lakukanlah amalan dengan ikhlas kerana disitulah sumber pahala dan kekuatan. Wallahu’alam.

Ayat terakhir rasulullah s.a.w :
اللهم رفيق الأعلى

Aku ingin bersama para kekasih yang tinggi (para nabi,pencinta kebenaran dan para syuhada’. (Riwayat Bukhari)

~ Mohamad Mohshin
(Lulusan Universiti Mu'tah Jordan)

No comments:

Post a Comment