Sunday, February 7, 2016

Mimpi Jadi Kenyataan




Hidup ini teralalu singkat untuk mengenang kisah-kisah lalu. Ya, apabila dikenang kembali ia terlalu perit dan hampa, sangat pedih di hati! Tapi siapalah kita bukan, hanya manusia biasa yang tiada terlepas dari dosa noda. Cukuplah mendabik dada mengira hebatnya kita di mata manusia, apakah kamu sudah dipandang hebat di mata hati Allah? Fikirkan.

Ini kisah aku ..

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi tanggal 5.2.2016 hari Jumaat yang damai genap aku berusia 22 tahun, diberi kesempatan umur oleh Allah swt untuk bernafas di dunia pinjamanNya. Ini bermakna usia perkahwinan umi dan baba juga sudah genap 23tahun. Ya, mereka berkahwin pada Mac 1993 dan pada tanggal 5.2.199 aku kembali kedunia setelah 9 bulan di alam rahim. Alhamdulillah, tidak semua bayi di saat kelahiran berkesempatan untuk menjenguk dunia, ada yang pergi saat diaalam rahim dan sebagainya. Tapi aku diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menjenguk ke alam dunia ini. Allahurabbi. Awak yang sedang membaca tulisan ini juga insan terpilih untuk menjenguk dunia. Sedarkah kita? Fikirkan.

Untuk hadiah hari kelahiran tahun ini aku tidak mendapat apa-apa sebarang bentuk hadiah yang berbentuk ‘material’ daripada umi baba atau sesiapa dan aku juga tidak meminta apa. Cukuplah doa2 yang tidak putus dari yang mendoakan. Seperti tahun lepas aku mendapat seutas jam tangan daripada umi baba. Alhamdulillah. Namun tidak  perlulah aku mengeluh dan bersedih jika tidak mendapat sebarang bentuk hadiah daripada mereka, cukuplah aku yang sepatutnya berterima kasih kepada mereka kerana bersabar menahan penat lelah menjaga aku hingga ke usia ini. Tapi padaku ucapan terima kasih itu pun belum cukup untuk membalas segala jasa mereka. Allahurabbi, ampunkan dosa-dosaku. Syukurlah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk dibesarkan ditangan ibu bapa kandung sendiri, cuba lihat di luar sana berapa ramai anak-anak kecil setelah dilahirkan dibesarkan di rumah anak yatim kerana telah ketiadaan kedua orang tua. Pernahkah kita ambil tahu? Fikirkan.

Dan aku terus berdoa supaya Allah kirimkan hadiah buatku untuk kelahiran ke-22 ini. Aku mintak hadiah dari Allah dan keesokan harinya aku dikejutkan dari tidur oleh adikku …

‘Along, bangun nak balik ganung jap lagi tok ki meninggal’ kejut adikku.
Tok Ki? Tok Ki yang mana satu ye,, hmm aku masih tertanya-tanya. ‘Tok Ki ramai ni, tapi yang mana ya..?’ getus hatiku. Sebenarnya semua tok saudara yang laki belah umi aku panggil tok ki, asal laki je tok ki hehehe. Perjalanan ke Kuala Terengganu hari tu mengambil masa dalam 3jam lebih, alhamdulillah bila sampai di perkarangan rumah tok ki t u barulah aku prasan ‘oo tok ki yang ni..hmm dh xde.’ Ya, aku sedih.. tok ki ni lah salah satu tok ki yang suka cium dan peluk aku bila aku balik beraya ke rumah dia. “hmm.. lepas ni x de dah ciuman dan pelukan dari tok ki..las jumpa tok ki raya tahun lepas.” Ratap hati kecilku.

Saat aku naik ke rumah tok ki, orang ramai datang melawat tok ki,, masa aku sampai tok ki sedang dimandikan, lama lepas tu tok ki siap dimandikan dan dikafankan. Kemudian langsir dibuka untuk semua anak-anak dan cucu-cucu mengucup wajah tok ki. Aku lihat wajah tok ki putih sangat, tenang, bersih dan aku tahan air mata ini untuk turun ke pipi. Aku nak cium tok ki macam tok ki cium aku dulu tapi aku tak kuat macam tok ki. Aku rindu!! Tok Ki pernah cakap hari tu, aku ingat lagi.. ya, aku masih ingat.. “sempat ke tak tok ki tengok wafa’ kawin..” Allahu tok ki,, tok ki tengok dari atas sana ya along kawin nanti, bila dan siapa biar Allah yang tentukan. Along doakan tok ki tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aamiin. 

Aku tidak sempat untuk melihat atau bermanja dengan arwah Tok Ki (ayah umi), pon aku panggil tok ki jugak. Tok pergi masa umi menuntut di Jordan akibat masalah jantung dan waktu tu umi  masih belum berkahwin. Macam mana rupa tok, sikap tok, dan macam2 lagi tentang tok semua aku tanya umi. Ya, tok memang tok ki yang hebat. Tapi Allah swt tu Maha Adil, Allah gantikan tok dengan hadirnya tok2 sedara yang memanjakan kami macam cucu sendiri. Semoga tok dan tok ki tenang disana. Alfatihah.
Alhamdulillah semua berjalan lancar pada hari tu, saat keranda tok ki di usung ke atas van jenazah aku ikut dari belakang dan ya,, tok ki dah pergi. Tok Ki.. :’( 

Dan saat aku menuruni anak tangga rumah tok ki, aku pandang ke bawah.. aku lihat sebuah keluarga yang hampir 7 tahun tidak berjumpa. Allahu, aku senyum pada lelaki itu.. aku lihat dia semakin kurus, dia lah bapa saudara ku adik umi. Dia membalas senyumanku. Bapa saudaraku masih ingat aku,, ALLAH! Aku capai kasut croc pink kesayanganku (hehehe) dan terus bersalam dengan bapa saudaraku itu kemudian aku memeluknya. Rindu! 7 tahun! 7 tahun  tak jumpa.

Aku salam peluk cium mak saudaraku dan sepupu2 hero ku Allah semua dah besar, dulu kecik2 lagi main daun sama2. Hahaha

Kemudian aku lihat diatas dukung mak saudara ku, ada anak kecil perempuan lengkap bertudung. “Inikah anak kecil perempuan yang dimaksudkan itu” kata hatiku. “Panggil je Sumayyah”, kata bapa saudaraku. Sumayyah! Allah hebat nama tu. Ya, memang dia dan dia adalah Sumayyah!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun demi tahun berlalu..
 
Setelah sekian lama tidak berjumpa, aku dikhabarkan yang aku telah mendapat sepupu baru perempuan tapi hanya Allah Maha Tahu kenapa masih tidak diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa. Aku nak jumpa baby tu, nak jumpa nak tengok wajahnya nak tengok darah daging aku. ALLAH.

Dan …

Bererapa bulan lepas aku telah bermimpi aku berjumpa dengan sepupu kecil ku dan keluarga itu, ya..memang cantik memang comel baby perempuan itu. Di dalam mimpi itu sangat indah. Aku bahagia bergelak ketawa dengan mereka dannn Allah tahu aku rindu mereka dan Allah kirim pertemuan ini di dalam sebuah mimpi. Aku tersedar dari tidur dan aku menangis, dan sedarlah aku ini cuma mimpi. Mimpi sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan Allah swt itu Maha Kaya, hari ini sebuah mimpi telah menjadi kenyataan. Setelah hampir 7 tahun kami berjumpa lagi atas aturan Allah. Semua Allah aturkan. Ya, semua Allah aturkan..kita kene yakin itu. Dan aku kira inilah hadiah hari kelahiran ku yang ke-22 dari Allah, “Mimpi Jadi Kenyataan”.

Siapalah kita nak menolak takdir, Allah itu lebih tahu saat yang tepat untuk kita berpisah dan bertemu kembali keranaNya kerana Allah swt. Sedarlah kita ini memang tidak punya apa2 pon kerna yang memiliki segala-galanya adalah Allah swt. Pengetahuan Allah swt itu sangat luas,, seluas luasnya. Dan ingatlah, sebuah kesabaran akan dihadiahi oleh Allah swt  dengan sebuah kenyataan. Percayalah. Allah ada di mana-mana.

Sumayyah,, ada jodoh kita jumpa lagi dan main sama2 ya. :)

Terima Kasih Allah.

Monday, October 5, 2015

Sahabat

SAHABAT ~

Jam menunjukkan pukul 2.30 ptg,, oke set pukul 4.30 ptg nk keluar dgn s/u ats urusan krja.. tdo sat,, s/u pm.. mtk ingt kn dy pasal krja tu, oke set!

Tidur,, zzzz.......

Sedar2 tgk jam pukul 4.50.. 'Allah dah lewat,, terlajak tidur.. sadiss' monolog ku di dlm hati. Pandang tepi,, tgk sahabat satu bilik tgh solat tepi katil.. aku bersangka, mgkin dia tgu hbis slt baru nk kejut aku kot, she knows that im too tired.. tpi aku sedar,, tired2 jgk.. solat lwt kang nt Allah xtlg aku krja jp ag sb cuba lwt kan panggilan-Nya.. get up from bed, don't think too much!

Masuk bilik air,, dgn tenang amik air smayang.. alhamdulillah siap.. melangkah klua dri bilik air tgk sejadah dh already tepi katil terbentang utk aku solat.. aku senyum.. dia sahabat kt lua dh, sayang awk!

Aku cuba capai kain telekung di tmpt sngkut kain telekung kami,, aik!! Xde.. skali tgk dh ada siap2 ats sejadah.. speechless,, xnk npk sejadah kosong tpi terisi dgn kain telekung aku.. oh sahabat,, skali ag tersenyum sorg2.. sweet sgt!

Faham x kat sini,, sblm bertindak utk ape2 nilai diri kamu.. jgn cpt melatah,, terus bertindak.. kalau kamu ddk n terus berfikir xkan habis ny, percayalah..

Kenapa sahabat?

Wait a minute guys,,,, hows your friends?? Macam mana sahabat awk guide awk atau macam mana awk guide sahabat awk?? atau dgn bgun tdo tdi trus pegi cari s/u knp xkjut sb dh lwt nk settle kerja, atau maki2 sahabat y tgh solat kt tepi katil tu sb xkejut kan kite dh lwt solat.. how?? Think deeply!

Kebanyakannya,,

Eleh,, lwt stgh jam je pon solat.. no! Solat tetap solat guys! Buat ny Allah nk trik nyawa tgh sedap tidur tu kamu nk cakap ape??  Atau terus menerus salahkan org,, atau terus berfikir 'lewat2', tindakan xde.. pless la, sampai bila??

Aku pilih dia sbgai sahabat, dan tindakannya buat aku tersenyum bkn meroyan.. 'hei!aku boleh bentang sdri la sejadah,sibuk je nk amik telekung org letak ats sejadah..' malu ny kalau kamu mcm tu, mana adab kamu as a 'islamic role model'? At least jga adab dgn hati, ucap 'alhamdulillah'.. sahabat y baik anugerah bkn utk disia2.. so,sahabat kita dan kita sdri macam mana?? think!

Aku suka dia kerana agamanya, bukan sbb harta atau pangkat atau rupa.. jap,, kalau sbb rupa baru kamu nk suka n sayang seseorang mcm mana kamu nk suka n sayang pd Allah s.w.t y tidak berupa?? Think!

Sahabat,, dia juga manusia.. kita?  Kita juga manusia kan.. ke alien? Xkan.. semua Allah s.w.t cipta cantik2,, alhamdulillah.. manusia, dicipta oleh Allah dgn pelbgai sifat,, hrgai n ambil lah ibrah serta mau'izah hasanah dari ny,, pasti ada hikmah jika setiap sstu kita bersandarkan pd Allah s.w.t bkn nafsu semata-mata.. insyaAllah wallahu'alam.

- whh

Saturday, October 3, 2015

Kalau lah!

Kalau lah! inilah kalimah yang sering tertutur dibibir insan yang bergelar hamba. Kalau lah aku punya harta dan wang ringgit yang banyak, kalau lah aku punya anak yang ramai, kalaulah aku dapat pointer 4 flat, kalau lah aku dapat kahwin awal, kalau lah mak bapak aku boleh bagi aku kereta suzuki swift, kalau lah wajah aku macam Angelina Jolie, kalau lah aku hidup sepuluh tahun yang lalu pasti aku dapat jumpa Mat Luka bin Pedih, kalau lah dan kalau lah dan kalau lah dan kalau lah sehingga kamu mampu mencipta angan-angan dan hasrat murni melalui kata 'kalau lah'.

Buat insan yang bergelar hamba, KALAU LAH kamu sedar kita punya Allah s.w.t sekalian alam yang mentadbir segala isi langit dan bumi yang tidak pernah tidur dan makan melainkan memerhati dan menjaga hamba-hamba-Nya. Kalau lah kamu sedar itu, maksud saya kalau lah kamu sedar. Tapi kalau lah kita tidak sedar itu apakah kita akan terus berada ditakuk yang sama atau terus berkelana dengan duniawi atau membawa perubahan pada diri, atau buat-buat tidak tahu je??  Sedar tak kenapa Allah s.w.t ciptakan kita? Get up sahabat, get up!


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Aku tidak menciptakan jin manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku."

Qs Ad-Zariyat : 56

Look,, Allah s.w.t dah siap-siap cakap yang Allah s.w.t ciptakan kita semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. So, apakah ada lagi bukti yang boleh disangkal melalui kata-kata Allah s.w.t diatas.

Kalau lah kamu sedar itu.

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَٰقَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسْنًا وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِّنكُمْ وَأَنتُم مُّعْرِضُونَ

"Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling."

Qs Al-Baqarah : 83

Adakah kita dikalangan yang berpaling dari Allah s.w.t?? Jangan lah kamu menyembah selain Allah s.w.t, ingat sahabat, Allah s.w.t sahaja yang layak disembah tiada Tuhan lain. Tiada Tuhan lain, Allah s.w.t sahaja. Yes! Allah s.w.t sahaja. Kalaulah kamu sedar akan hakikat itu pasti kamu tidak punya masa untuk berkelana. Malangnya kalaulah kamu tidak mengetahui akan hakikat ini. Amat malangnya kamu. Serius.

Back to the point, terkadang istilah 'kalau lah' banyak memberi persoalan pada diri yang terkadang membawa kita hanyut dalam buain angan-angan kosong atau hasrat murni yang masih belum tercapai. Angan-angan kosong itu banyak memusnahkan jiwa kamu, serius saya cakap sebab seolah-olah kamu mempersoalkan balik apa yang sudah diaturkan dalam trip hidup kamu.

Kamu tidak berharta, tidak mempunyai apa-apa itu bukan bermakna kamu disisihkan Allah s.w.t, itu adalah sebahagian daripada ujian hidup buat kamu yang bergelar hamba. Kalaulah kamu mengerti bahawa ada hamba yang lebih teruji dari kamu, tidak cukup makan tidak punya wang untuk menyambung pelajaran, bahkan tidak mampu untuk membeli sebatang pensil untuk menulis. So, untuk apa kita merungut sedangkan semua itu dari Allah s.w.t, bukan pintamu.

Kadang-kadang ada dikalangan kita merungut tanpa rasa syukur, 'kalaulah aku tidak makan nasi tadi, dah lah tak sedap, lauk pun sikit sangat'. Kalaulah kamu sedar bahawa ada yang berlaukkan garam dan gula sahaja sebagai penambah rasa untuk mengalas perut. Mudahnya kita kufur nikmat yang Allah s.w.t dah jelas-jelas bagi lebih daripada orang lain. Kamu tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu??

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Qs Ar-Rahman : 53 


Kalaulah kamu mengetahui bahwa setiap inci ujian kesusahan yang Allah s.w.t hadirkan itu itu mempunyai paksi yang baik buat diri kamu. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Qs. Al-Baqarah : 216

Renung-renungkan sahabat.

Hasrat murni pula terkadang banyak membina jiwa kamu agar lebih membangun kerna kamu cuba untuk membina impian melalui hasrat hati yang murni, 'Kalau lah aku sesolehah dia, Ya Allah, buka pintu hati hamba mu ini agar lebih mudah untuk hamba berada lebih dekat bersama mu.' Sedarkah kamu bahwa kamu telah menjadikan ia tranformasi buat diri kamu agar lebih bermujahadah menuju cinta-Nya. Kalaulah kamu tahu bahwa Allah s.w.t itu sayang pada hamba-Nya yang tidak pernah berputus asa dari rahmat-Nya.

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” 
Qs. Yusuf : 12
Na'uzubillah kita tergolong dari kalangan kaum yang kafir.

Tanpa sedar hasrat murni telah berjaya masuk kedalam hati kamu dengan membawa 'روح الجديد' (semangat baru) yang selama ini kamu damba kan melalui kata-kata 'kalaulah' dan seterusnya kamu realisasikan melalui usaha, doa dan tawakkal. Allahu akbar masyaAllah besarnya nikmat yang kamu peroleh dari hasrat murni itu. So, kalaulah kamu berhenti untuk beralasan itu ini merungut itu ini akan tetapi kalaulah kamu terus mendambakan cinta-Nya dan realisasikannya bukan terus berangan kosong tanpa hala tuju yang akhirnya condong kepada pintu-pintu maksiat. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un, na'uzubillahi min zaalik.

Moga Allah s.w.t pelihara kita semua didalam rahmat-Nya, berharaplah pada-Nya nescaya kamu tidak akan rugi sedikit pun.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal” 
Qs. At-Taubah : 129
Ayuh refleksi diri, kemanakah hala tuju kita selepas dunia yang sementara ini. Syurga atau neraka kita yang tentukan. Kebaikan dunia dan akhirat itu impian mukmin dan mukminah yang tidak seinci pun lari mencari hembusan nafas cinta yang qudus dari Allah. InsyaAllah.

"Wahai Tuhan kami,anugerahkan kami kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat serta lindungi kami daripada azab api neraka."

Qs Al-Baqarah : 201

Wallahu'alam~




Lemahnya Imanku hanya mampu menegur dgn hati

Lemahnya Imanku hanya mampu menegur dgn hati ~

Sedang asyik scroll wechat, rupanya lagakku sedang d perhatikan oleh adik lelaki ku. Lalu adik ku bertanya, 'along, bukannya xelokkan gambar laki pmpuan dekat2 camtu?'.

Aku pndang adk ku, pelik bukankah husnu zdhon tu perlu tapi xpelik lh sb ramai y bt cmtu skrg xkra lah pringkat menengah,ipta,ipts,siswa/siswi bidang akademik, bah kn dri bidang agama sdri.. apakah? semua dh brani berjinak2 dgn bnda cmni y pdhal npk kecik sgt d mata msyarakat hari ni.. sbb? Lemahnya iman.. sedih, Allah!

'Aah dik, bkn je xelok tpi haram.. mcm jgak kita msukkan gmbr xttp aurat nampak kaki, lengan, dada n len2 malu along nk sebut, tu pon blh jtuh dosa dik. Tapi jgn ingat pmpuan je dik, laki pon klau asyik pos badan sado ala2 macho la sgtt n pmpuan tgk naik syahwat ttp dosa jgk dik'.  Huraiku pnjang lebar.

Aku malu dgn adik, aku hnya mampu scroll n tgk je bnda2 cmtu.. selfie kapel kwn, gmbr blainan jantina dkt2 tnpa segan silu, xttp aurat sempurna.. tapi aku xmmpu utk komen n menasihat, sbb iman aku terrrrrsangat lemah, hati aku lemah Ya Allah, jelas2 maksiat n ikhtilat dpn mata dan aku fikir bukan aku je y nampak, tapi kwn2 y lain pasti lihat sma.. tapi xmampu utk mengubah, Allah....

Aku merenung jauh ke luar tingkap,, aku bermonolog dgn dri sdri..
Subhanallah.. Allah, paling aku malu adalah dgn mu Ya Allah.. aku hnya mampu melihat tapi xmampu utk mencegah, sungguh! Aku xmampu! Aku malu dgn dri sdri! Kerna imanku teramat lemah.. isk..isk.. Allahhuu..

Islam itu adalah cara hidup. Islam bukan sekadar ibadah, tetapi Islam itu syumul, merangkumi segala aspek kehidupan!
Jadi jgn ingt ibadah tu solat, puasa je.. beb! Ttp aurat ibadah, malu ibadah, menahan diri dari nafsu syahwat ibadah, menundukkan pandangan ibadah, tak upload gmbr y menghairahkan ibadah, tak upload gambar korang y bajet sweet ala2 kencing manis tahap potong kaki pon ibadah beb! Itulah adalah cara hidup kita sbgai Islam, syumul beb!

Kalau kita tak bantu agama kita siapa lagi, isk.. isk.. ampun kan aku Ya Allah!

Bangkitkan aku dri lena ini Ya Allah  :'(

Ibu

IBU ~

Bukan senang bergelar seorang ibu,

Dari saat mengandung 9bulan, saat melahirkan, saat menanti kita membesar, Allah.. jika mahu d sebut xterhitung nilai ny..

Jika dilihat satu kkrangan ibu mu, maka berdoa lah pd Allah.. mana mungkin Allah tdk mahu mendgr seorang ank utk seorang ibu sbgaimana doa seorg ibu utk seorg ank.. ibu kita pon mnusia biase xlari dri silap, jgn bash dlu.. pohon doa,, doa kawan2, doa anak2 sekalian.. bukan menghukum ibu mu dgn muka mengcuka atau leteran kamu..

Renungi kalam ALLAH dibawah,,

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Allah dah cakap,, cuma tggal tindakan sahaja samada mahu atau tidak.. pilihan ditangan kamu,, tapi kamu perlu sedar ada kesan yang besar bersama pilihan 'mahu' atau 'tidak' itu.. renung2 kan beb!

Cuba kira blik jasa ibu pada kamu,, boleh? suatu saat apabila kamu bergelar seorang ibu pasti kamu akn tahu kenapa dan kenapa perlu ny ad doa dri ank2 y soleh n solehah.. doa n pohon y baik2 utk ibu ayah kita,, slagi mereka masih ada.. tatap wajah mereka.. ad kita didalam ukiran wajah itu,,

So, ape sebab kamu utk tdk menghargai mereka.. tiada kawan,, xde! Eh ade la kawan,, ape?? Syukur dan sabar.. dua benda tu kamu xde,, allahu   sampai bila nk ego dgn Allah, sampai bila kau nk zalimi dri sdiri.. hati org len kekasih, sahabat kau sgup jaga smata2 utk nilain sebuah 'pujian', tnpa sedar kamu tdk sedar y sbenar ny kamu teruji dgn nilain y jauh tersasar.. ape? nilain seorang hamba kepada pencipta.. kamu lupa bahawa keredhaan Allah itu ada padanya keredhaan ibu bapa.. jadi?? nk lawan hujah Allah?? brani?? muhasabah la kawan..

Kamu sibuk dgn kekurangan ibu kamu, ibu kuat berleter! ibu kongkong saya! ibu itu ibu ini.. Allahhh,, cuba kira balik salah kita dgn ibu kita. Tak pon bagi sehelai kertas kat ibu kita mintak ibu senaraikan.. jgan sehelai,, bagi 10 helai pon xcukup nk tulis.. kenapa ye?? sb terlalu bnyak.. banyak!

Tapi ape ibu kita buat,, marah? berleter? konkong? ye sume tu ada,, sbb?? sbb nk tegur kita.. tpi kita ego right? kita lupa yang ibu kita selalu bt ini utk kita pagi petang siang malam.. ape kak?? DOA dik,, ALLAHU... xtahu ke buat2 xtahu?? muhasabah lah.. 

Syukurlah wahai anak,, wahai kekasih Allah.. buang lah ego kamu dgn Allah.. jgn sombong utk berdoa.. ingatt! diluar sana masih terlalu ramai, ramai sgt.. ramai ape?? ramai yang xde ibu, ramai y ibunya telah pergi menghadap ilahi saat melahirkan insan bernama anak,, dan insan yang bernama anak itu tidak pernah untuk merasai kasih sayang ibunya,, Allah.. ramai ibunya ypergi menghadap ilahi saat insan kerana sakit dan mcam2 lagi.. betapa tabahnya mereka tanpa seorang ibu di sisi..apakah kita mampu?? tepuk dada tanya iman.. ego lagi? bertaubatlah..

"Maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Arrahman : 23)

Renung2 kan ayat diatas wahai sahabat,, ini juga menjadi pesanan bt diri aku y bergelar seorang ank utk mengenal erti syukur kerna masih punya ibu.

Al-fatihah bt ibu sahabat diluar sana y sdh pergi menghadap Ilahi,, tgjwb kita utk mendoakan mereka dialam sana.. semoga doa kita sampai pd ibu agr ditempatkan ibu dikalangan org2 y beriman n soleh, InsyaAllah aamiin.

Along sayang umi, maafkan salah silap along.. time kasih umi baba,, jaga makan minum, support hidup dri saat mengandung smpai skrg.. wallahi jasa kamu berdua tiada terhitung dari aku, seorang anak 'pendosa'. :'(

- Nur Hanani

Mati itu bukan satu gurauan

Mati itu bukan satu gurauan ~

Why not utk kite cuba express diri walaupun sorg2 xdek org nk kasi smgt atau hint.. Allah kn ada beb! Jgn give up dlu.. pcya lah, skali kau lari dri Allah kau kene ingt then kau akn u turn balik cari Allah,,sbb?  Kau gagal dlm mengejar kehendak kau.. sdg Allah ad tpi kau ego kan? Sombongkan? 

ALLAH ckp ttup aurat kau xtutup, Allah ckp solat kau x solat, Allah ckp bt baik pd mak ayah kau senang2 bt hal dlm gelap dgn partner kapel kau blakang diorg, depan2 bajet alim.. xmalu update gmbr laki pmpuan xjga ikhtilat, apakah?? Cer muhasabah jap.. mulia sgt kah kita?  Baik sgt kah kita? Smpai xnpk tgn Allah melambai2 pgil kita.. tu Allah y pggil, klau la Allah upah malaikat maut utk lmbai tgn kt kau, ape kau nk ckp??  Taubat?  Sempatkah? Muhasabahlah.. :'(

Quran letak mana?  Dlm sehari tu brpe mka surat kau bca??  Sedih x bla quran peribadi pon kau xde sdgkan fb,wechat, wasap kau blh scroll berjam2 quran peribadi xde.. hambar hidup kau.. kalau quran kau xbaca,ape hujah kau y kau nk bwk depan Allah kt pdang msyar nt??  Em??

Recheck balik dri kau, muhasabah lagi jgn give up.. ye2 btol ssh n pelbgai mehnah y kau akn tempuh saat cinta kau pd Allah sdg berputik, tpi pcya lah jika kau mati dlm keadaan itu.. tmpt y kau akn huni d sana nt bkn lagi tmpt y penuh onak duri.. Allah itu sifatnya zatnya maha pengasih dan penyayang.. mana mungkin Allah nk mensia2 kn cinta hambanya..pasti akn berbalas jua,, percayalah.. please,, percayalah!  Why not kalau bkn utk org lain utk siapa lagi.. hanya kau hamba tercipta dari Allah dan kepada Allah jualah engkau kembali..syurga bt hamba pencinta pencipta  wallahu'alam ~

-whh

Cinta Tuhan atau manusia?

Kapel @ bercinta sebelum nikah bkn cara muslim dan muslimah y sejati,,

Wujudkan qudwah hasanah d dlm dri spya kita senantiasa pegang Allah no 1,,

Xrugi pon, org gelar poyo?  Ketinggalan zaman?  Xlah mane adinda2 sume..

Jgn hidup ni terlalu mempertuhankan manusia,,

Terlalu sibuk dgn maksiat xtkut ke kalau Allah xpndang kita hgga nk ucap 'astaghfirullah' pon xmmpu???

Kan??

Ini pesan utk dri sy jgk,, siapa sy utk menilai anda semua kerna hati kamu hati saya hanya Allah y tahu suci atau tidak.. yep?  😉

-whh