Assalamu’alaikum w.b.t..lama xmenulis,sahabat semua sihat? alhamdulillah hari ni
berkesempatan saya nak share satu kisah benar yang saya petik dari seorang
sahabat bersumberkan whatsapp..alhamdulillah mungkin ada yang dah dengar kisah
ni dan mungkin ada yang belum,,namun apa yang pasti kita ambil sesuatu dari
kisah ini..semoga apa yang disampaikan dari kisah ini membawa iktibar yang besar
didalam diri kita dan menjadikan diri kita hampir dengan Allah InsyaAllah..
Kisahnya bermula dimana seorang wanita muslimah telah berjumpa dgn sahabat
baiknya y ber’burqo’, ‘kamu beruntung kamu boleh ber’burqo’.. katanya sambil menangis
Dulunya dia seorang y berburqo’ dan sering mengikuti ‘ma’thurat’,tapi disebabkan kekangan dari keluarga
dan larangan ibu bapa jadi dia mentaati ibu bapanya dan dia menanggalkan burqo’
dan memakai tudung labuh. Sejak dari itu dia juga tidak mengikuti ma’thurat
kerana maknya memintanya untuk berhenti seketika.
Sepanjang dia bertudung labuh dia merasakan dirinya telah
jauh dari Allah, dgn izin Allah mungkin Allah berkehendak dan kita xtahu apa y
Allah nak bagi sebenarnya lepas tu. Dia jauh dari Allah dan dia sedar hatinya makin
keras! susah untuk menangis! makin jauh dari Allah dan dia nak sangat Allah bimbing
dia..dia nak sangat! Kemudian dia solat asar dan malam tu dia solat
tahajjud,istikharah,hajat minta dgn Allah agar diberi petunjuk dan hidayah
serta membimbingnya. Kemudian dia tidur,tapi xdapat jugak maksudnya Allah xnak
bagi on the spot lah waktu tu dan memang hidayah ni Allah xbagi on the spot.
Doanya tidak dimakbulkan dan dia tidak pernah berputus asa untuk tunggu hidayah
tu dari Allah.
Dan satu hari dia solat asar, dan ketika dia solat asar, dia
terdengar satu bacaan yang sangat merdu seperti mengimamkan dia, dia rasa itu
lah solat yang paling khusyuk..palinggg khusyuk sehingga dia menitiskan air
mata. Jadi pada rakaat terakhir dan pada sujud terakhir, kepala dia melekat
dekat sejadah, jadi dia terperanjat..!!’apa dah jadi ni?’ getus hatinya, jadi
waktu tu dia berselawat banyak2 dan tiba2 jadi blank gelap. Tiba2 ia bertukar
putih dan waktu tu dia sedar dia didalam keadaan sujud dan dia telah berada
didalam satu taman dan taman itu SUBHANALLAH sungguh cantik! yang dimana kecantikannya
tidak boleh dibandingkankan dengan kecantikan yang ada kat dunia ini, memang
sangat cantik!!
Dan kemudian dia ternampak seorang wanita yang berada
ditaman itu, kemudian dia bagi salam.. ‘Assalamualaikum’ dan wanita tersebut
menjawab.. ‘Waalaikumussalam w.b.t’. Dan ketika mana perempuan itu menjawab dan
wanita itu terus menegurnya, ‘Wahai ukhti kenapa wajah kamu buruk! Kenapa wajah
kamu jijik! Kenapa wajah kamu bernanah! Kenapa??’.. dan ketika itu dia pelik
kenapa wanita tersebut berkata begitu padanya. Dan dia tertanya siapakah wanita
ini, dan wanita itu sangat cantik! Dan bilamana kamu terlihat wanita diatas muka
dunia cantik dan dia punya cantik itu SUBHANALLAH..kecantikan itu tidak dapat
digambarkan kerana wanita itu sangat cantik. Kalaulah cantik bidadari itu boleh
buat lelaki pengsan mungkin? Wanita itu sangat cantik!, memandang wajah itu
sungguh tenang! dan tenang setenang tenangnya.
Dan kemudian wanita cantik itu berkata lagi, ‘Ya ukhti,
kenapa wajah kamu buruk? Kenapa wajah kamu hodoh bernanah? Buruk,jijik?’ dan
wanita itu tidak mahu mendekatinya. Dan berkata wanita itu, ‘Dan begitulah
Allah memandang kamu betapa kotornya hati kamu ya ukhti sehingga muka mu begitu
jijik,muka mu begitu buruk..! Dan kemudian wanita itu membawanya berada
disebuah sungai dan disungai itu terdapat satu cerminan dimana dicerminkan
dirinya dan dia melihat wajahnya sungguh buruk,,,! buruk! Disebabkan kotornya HATI!,
sangat buruk! Dia menangis, lalu dia bertanya pada wanita tadi.. ‘Ya ukhti? Apa
aku perlu buat? Apa yang perlu aku lakukan?’ dan wanita tersebut berkata.. ‘ Beristighfarlah
kamu dan Allah sangat mencintai orang yang beristighfar ini,bertaubat kepada
Allah..’
Jadi dia beristighfar, sekali dia buat tidak menjadi,
kemudian dia istighfar2, bertahmid, istighfar, bertahmid,istighfar, bertahmid
dan banyak zikir2.. Dan! Wajahnya cantik! Wajahnya telah bertukar yang buruk
kepada cantik,malah lebih cantik dari yang ada diatas muka bumi ini, sangat cantik! Kemudian dia
menangis, dan wanita tersebut telah memberi kata2 nasihat kepadanya, dan dia
bertanya..’Siapa kamu ya ukhti?’ wanita itu menjawab..’Kamu akan berjumpa aku
dikota suci.’
Sebelum wanita itu beredar,wanita itu sekali lagi berpesan
kepadanya..’Rindulah Allah dan Rasul mu, nanti kita akan jumpa insyaAllah.’ ‘Jangan
tinggalkan ana ya ukhti, ana perlukan kamu untuk bimbing ana ke syurga Allah’
katanya. ‘Ana kene pergi..jangan risau, Allah akan hantarkan sahabat2 yang baik
nanti kalau kamu dekatkan diri kamu dengan Allah, Allah akan hantar sahabat2
yang baik dengan kamu, sahabat yang baik yang dekat dengan Allah yang soleh dan
solehah..’ kata wanita tersebut.
Kemudian dia merayu kepada wanita tersebut supaya jangan
tinggalkannya.. ‘InsyaAllah kita akan berjumpa asalkan kamu taat perintah
Allah, taat perintah ibu bapa..menyayangi mereka’ kata wanita tersebut. Dia
berasa sedih, ‘Jangan sedih, nanti kita akan jumpa..’kata wanita itu. Kemudian
wanita itu memeluknya, dan dia merasakan pelukan itu adalah setenang-tenang
pelukan, lebih tenang dari pelukan seorang ibu dan dia macam kenal pelukan itu
tapi dia masih lagi tidak pasti.
Dan dia semacam kenal
akan wanita ini, dan sebelum wanita itu beredar.. wanita itu berkata padanya.. ‘Ana..ana
SAIDATINA ‘AISYAH,!!! ana ialah
SAIDATINA ‘AISYAH R.A..’
SAIDATINA ‘AISYAH R.A berkata padanya.. ‘ kamu jangan
menangis..aku,ASIAH,MARYAM,KHADIJAH DAN RASULULLAH S.A.W akan tunggu kamu disana bilamana kamu berubah
kerana Allah.
:’( Sejak dari peristiwa itu, dia selalu menangis kerana
takut tidak akan berjumpa lagi dengan SAIDATINA ‘AISYAH R.A dekat sana nanti dan
setiap kali dia melihat wanita diluar sana, dia akan menangis bilamana dia
melihat wanita2 muslimah sekarang ini adalah muslimah palsu! Wanita muslimah
yang menutup aurat tetapi palsu, hakikatnya dalamannya dia tiada dan wanita2
yang tidak tutup aurat. Bilamana dia menceritakan kisah ini pada sahabatnya,
sahabatnya sungguh takut, takut dan berfikir mungkin penyakit hatinya tidak
seteruk dia tetapi wajahya sangat buruk disana..inikan kita muslimah biasa,kan?
Dan sahabatnya berkata.. ‘Ya Allah….dunia tidak ada apa2, nothing!!!’
Alhamdulillah,setakat ini sahaja mampu saya kongsikan dengan
sahabat2 semua dan tentang kisah ini semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran. Renung2
kanlah..sedarlah kita bahawa perjalanan seorang hamba ALLAH yang sebenar pahit
diawalnya namun manis diakhirnya selagi kita mengejar-Nya dengan hati yang
ikhlas..benarlah,hati itu memainkan peranan yang penting kerna segala2 nya
bermula dari hati dan Allah itu tidak pernah salah dalam merancang perjalanan hidup
hamba2 nya.. namun kita yang selalu tersalah dalam menilai perjalanan hidup
kita sendiri,, Allah itu sifatnya Ar-Rahman Ar-Rahim (pengasih n penyayang)..
namun masih belum terlambat bukan??
Sekian dari wardahwafa..mohon maaf atas salah silap didalam
perkongsian ini,apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang kurang itu
dating daripada kelemahan diri saya sendiri selaku hamba Allah yang dhaif dan
pesanan terakhir dari saya..’Jaga2 dengan hati kerna ada yang memerhati’
Wallahu’lam ~