Monday, October 5, 2015

Sahabat

SAHABAT ~

Jam menunjukkan pukul 2.30 ptg,, oke set pukul 4.30 ptg nk keluar dgn s/u ats urusan krja.. tdo sat,, s/u pm.. mtk ingt kn dy pasal krja tu, oke set!

Tidur,, zzzz.......

Sedar2 tgk jam pukul 4.50.. 'Allah dah lewat,, terlajak tidur.. sadiss' monolog ku di dlm hati. Pandang tepi,, tgk sahabat satu bilik tgh solat tepi katil.. aku bersangka, mgkin dia tgu hbis slt baru nk kejut aku kot, she knows that im too tired.. tpi aku sedar,, tired2 jgk.. solat lwt kang nt Allah xtlg aku krja jp ag sb cuba lwt kan panggilan-Nya.. get up from bed, don't think too much!

Masuk bilik air,, dgn tenang amik air smayang.. alhamdulillah siap.. melangkah klua dri bilik air tgk sejadah dh already tepi katil terbentang utk aku solat.. aku senyum.. dia sahabat kt lua dh, sayang awk!

Aku cuba capai kain telekung di tmpt sngkut kain telekung kami,, aik!! Xde.. skali tgk dh ada siap2 ats sejadah.. speechless,, xnk npk sejadah kosong tpi terisi dgn kain telekung aku.. oh sahabat,, skali ag tersenyum sorg2.. sweet sgt!

Faham x kat sini,, sblm bertindak utk ape2 nilai diri kamu.. jgn cpt melatah,, terus bertindak.. kalau kamu ddk n terus berfikir xkan habis ny, percayalah..

Kenapa sahabat?

Wait a minute guys,,,, hows your friends?? Macam mana sahabat awk guide awk atau macam mana awk guide sahabat awk?? atau dgn bgun tdo tdi trus pegi cari s/u knp xkjut sb dh lwt nk settle kerja, atau maki2 sahabat y tgh solat kt tepi katil tu sb xkejut kan kite dh lwt solat.. how?? Think deeply!

Kebanyakannya,,

Eleh,, lwt stgh jam je pon solat.. no! Solat tetap solat guys! Buat ny Allah nk trik nyawa tgh sedap tidur tu kamu nk cakap ape??  Atau terus menerus salahkan org,, atau terus berfikir 'lewat2', tindakan xde.. pless la, sampai bila??

Aku pilih dia sbgai sahabat, dan tindakannya buat aku tersenyum bkn meroyan.. 'hei!aku boleh bentang sdri la sejadah,sibuk je nk amik telekung org letak ats sejadah..' malu ny kalau kamu mcm tu, mana adab kamu as a 'islamic role model'? At least jga adab dgn hati, ucap 'alhamdulillah'.. sahabat y baik anugerah bkn utk disia2.. so,sahabat kita dan kita sdri macam mana?? think!

Aku suka dia kerana agamanya, bukan sbb harta atau pangkat atau rupa.. jap,, kalau sbb rupa baru kamu nk suka n sayang seseorang mcm mana kamu nk suka n sayang pd Allah s.w.t y tidak berupa?? Think!

Sahabat,, dia juga manusia.. kita?  Kita juga manusia kan.. ke alien? Xkan.. semua Allah s.w.t cipta cantik2,, alhamdulillah.. manusia, dicipta oleh Allah dgn pelbgai sifat,, hrgai n ambil lah ibrah serta mau'izah hasanah dari ny,, pasti ada hikmah jika setiap sstu kita bersandarkan pd Allah s.w.t bkn nafsu semata-mata.. insyaAllah wallahu'alam.

- whh

Saturday, October 3, 2015

Kalau lah!

Kalau lah! inilah kalimah yang sering tertutur dibibir insan yang bergelar hamba. Kalau lah aku punya harta dan wang ringgit yang banyak, kalau lah aku punya anak yang ramai, kalaulah aku dapat pointer 4 flat, kalau lah aku dapat kahwin awal, kalau lah mak bapak aku boleh bagi aku kereta suzuki swift, kalau lah wajah aku macam Angelina Jolie, kalau lah aku hidup sepuluh tahun yang lalu pasti aku dapat jumpa Mat Luka bin Pedih, kalau lah dan kalau lah dan kalau lah dan kalau lah sehingga kamu mampu mencipta angan-angan dan hasrat murni melalui kata 'kalau lah'.

Buat insan yang bergelar hamba, KALAU LAH kamu sedar kita punya Allah s.w.t sekalian alam yang mentadbir segala isi langit dan bumi yang tidak pernah tidur dan makan melainkan memerhati dan menjaga hamba-hamba-Nya. Kalau lah kamu sedar itu, maksud saya kalau lah kamu sedar. Tapi kalau lah kita tidak sedar itu apakah kita akan terus berada ditakuk yang sama atau terus berkelana dengan duniawi atau membawa perubahan pada diri, atau buat-buat tidak tahu je??  Sedar tak kenapa Allah s.w.t ciptakan kita? Get up sahabat, get up!


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Aku tidak menciptakan jin manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku."

Qs Ad-Zariyat : 56

Look,, Allah s.w.t dah siap-siap cakap yang Allah s.w.t ciptakan kita semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. So, apakah ada lagi bukti yang boleh disangkal melalui kata-kata Allah s.w.t diatas.

Kalau lah kamu sedar itu.

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَٰقَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسْنًا وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِّنكُمْ وَأَنتُم مُّعْرِضُونَ

"Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling."

Qs Al-Baqarah : 83

Adakah kita dikalangan yang berpaling dari Allah s.w.t?? Jangan lah kamu menyembah selain Allah s.w.t, ingat sahabat, Allah s.w.t sahaja yang layak disembah tiada Tuhan lain. Tiada Tuhan lain, Allah s.w.t sahaja. Yes! Allah s.w.t sahaja. Kalaulah kamu sedar akan hakikat itu pasti kamu tidak punya masa untuk berkelana. Malangnya kalaulah kamu tidak mengetahui akan hakikat ini. Amat malangnya kamu. Serius.

Back to the point, terkadang istilah 'kalau lah' banyak memberi persoalan pada diri yang terkadang membawa kita hanyut dalam buain angan-angan kosong atau hasrat murni yang masih belum tercapai. Angan-angan kosong itu banyak memusnahkan jiwa kamu, serius saya cakap sebab seolah-olah kamu mempersoalkan balik apa yang sudah diaturkan dalam trip hidup kamu.

Kamu tidak berharta, tidak mempunyai apa-apa itu bukan bermakna kamu disisihkan Allah s.w.t, itu adalah sebahagian daripada ujian hidup buat kamu yang bergelar hamba. Kalaulah kamu mengerti bahawa ada hamba yang lebih teruji dari kamu, tidak cukup makan tidak punya wang untuk menyambung pelajaran, bahkan tidak mampu untuk membeli sebatang pensil untuk menulis. So, untuk apa kita merungut sedangkan semua itu dari Allah s.w.t, bukan pintamu.

Kadang-kadang ada dikalangan kita merungut tanpa rasa syukur, 'kalaulah aku tidak makan nasi tadi, dah lah tak sedap, lauk pun sikit sangat'. Kalaulah kamu sedar bahawa ada yang berlaukkan garam dan gula sahaja sebagai penambah rasa untuk mengalas perut. Mudahnya kita kufur nikmat yang Allah s.w.t dah jelas-jelas bagi lebih daripada orang lain. Kamu tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu??

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Qs Ar-Rahman : 53 


Kalaulah kamu mengetahui bahwa setiap inci ujian kesusahan yang Allah s.w.t hadirkan itu itu mempunyai paksi yang baik buat diri kamu. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Qs. Al-Baqarah : 216

Renung-renungkan sahabat.

Hasrat murni pula terkadang banyak membina jiwa kamu agar lebih membangun kerna kamu cuba untuk membina impian melalui hasrat hati yang murni, 'Kalau lah aku sesolehah dia, Ya Allah, buka pintu hati hamba mu ini agar lebih mudah untuk hamba berada lebih dekat bersama mu.' Sedarkah kamu bahwa kamu telah menjadikan ia tranformasi buat diri kamu agar lebih bermujahadah menuju cinta-Nya. Kalaulah kamu tahu bahwa Allah s.w.t itu sayang pada hamba-Nya yang tidak pernah berputus asa dari rahmat-Nya.

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” 
Qs. Yusuf : 12
Na'uzubillah kita tergolong dari kalangan kaum yang kafir.

Tanpa sedar hasrat murni telah berjaya masuk kedalam hati kamu dengan membawa 'روح الجديد' (semangat baru) yang selama ini kamu damba kan melalui kata-kata 'kalaulah' dan seterusnya kamu realisasikan melalui usaha, doa dan tawakkal. Allahu akbar masyaAllah besarnya nikmat yang kamu peroleh dari hasrat murni itu. So, kalaulah kamu berhenti untuk beralasan itu ini merungut itu ini akan tetapi kalaulah kamu terus mendambakan cinta-Nya dan realisasikannya bukan terus berangan kosong tanpa hala tuju yang akhirnya condong kepada pintu-pintu maksiat. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un, na'uzubillahi min zaalik.

Moga Allah s.w.t pelihara kita semua didalam rahmat-Nya, berharaplah pada-Nya nescaya kamu tidak akan rugi sedikit pun.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal” 
Qs. At-Taubah : 129
Ayuh refleksi diri, kemanakah hala tuju kita selepas dunia yang sementara ini. Syurga atau neraka kita yang tentukan. Kebaikan dunia dan akhirat itu impian mukmin dan mukminah yang tidak seinci pun lari mencari hembusan nafas cinta yang qudus dari Allah. InsyaAllah.

"Wahai Tuhan kami,anugerahkan kami kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat serta lindungi kami daripada azab api neraka."

Qs Al-Baqarah : 201

Wallahu'alam~




Lemahnya Imanku hanya mampu menegur dgn hati

Lemahnya Imanku hanya mampu menegur dgn hati ~

Sedang asyik scroll wechat, rupanya lagakku sedang d perhatikan oleh adik lelaki ku. Lalu adik ku bertanya, 'along, bukannya xelokkan gambar laki pmpuan dekat2 camtu?'.

Aku pndang adk ku, pelik bukankah husnu zdhon tu perlu tapi xpelik lh sb ramai y bt cmtu skrg xkra lah pringkat menengah,ipta,ipts,siswa/siswi bidang akademik, bah kn dri bidang agama sdri.. apakah? semua dh brani berjinak2 dgn bnda cmni y pdhal npk kecik sgt d mata msyarakat hari ni.. sbb? Lemahnya iman.. sedih, Allah!

'Aah dik, bkn je xelok tpi haram.. mcm jgak kita msukkan gmbr xttp aurat nampak kaki, lengan, dada n len2 malu along nk sebut, tu pon blh jtuh dosa dik. Tapi jgn ingat pmpuan je dik, laki pon klau asyik pos badan sado ala2 macho la sgtt n pmpuan tgk naik syahwat ttp dosa jgk dik'.  Huraiku pnjang lebar.

Aku malu dgn adik, aku hnya mampu scroll n tgk je bnda2 cmtu.. selfie kapel kwn, gmbr blainan jantina dkt2 tnpa segan silu, xttp aurat sempurna.. tapi aku xmmpu utk komen n menasihat, sbb iman aku terrrrrsangat lemah, hati aku lemah Ya Allah, jelas2 maksiat n ikhtilat dpn mata dan aku fikir bukan aku je y nampak, tapi kwn2 y lain pasti lihat sma.. tapi xmampu utk mengubah, Allah....

Aku merenung jauh ke luar tingkap,, aku bermonolog dgn dri sdri..
Subhanallah.. Allah, paling aku malu adalah dgn mu Ya Allah.. aku hnya mampu melihat tapi xmampu utk mencegah, sungguh! Aku xmampu! Aku malu dgn dri sdri! Kerna imanku teramat lemah.. isk..isk.. Allahhuu..

Islam itu adalah cara hidup. Islam bukan sekadar ibadah, tetapi Islam itu syumul, merangkumi segala aspek kehidupan!
Jadi jgn ingt ibadah tu solat, puasa je.. beb! Ttp aurat ibadah, malu ibadah, menahan diri dari nafsu syahwat ibadah, menundukkan pandangan ibadah, tak upload gmbr y menghairahkan ibadah, tak upload gambar korang y bajet sweet ala2 kencing manis tahap potong kaki pon ibadah beb! Itulah adalah cara hidup kita sbgai Islam, syumul beb!

Kalau kita tak bantu agama kita siapa lagi, isk.. isk.. ampun kan aku Ya Allah!

Bangkitkan aku dri lena ini Ya Allah  :'(

Ibu

IBU ~

Bukan senang bergelar seorang ibu,

Dari saat mengandung 9bulan, saat melahirkan, saat menanti kita membesar, Allah.. jika mahu d sebut xterhitung nilai ny..

Jika dilihat satu kkrangan ibu mu, maka berdoa lah pd Allah.. mana mungkin Allah tdk mahu mendgr seorang ank utk seorang ibu sbgaimana doa seorg ibu utk seorg ank.. ibu kita pon mnusia biase xlari dri silap, jgn bash dlu.. pohon doa,, doa kawan2, doa anak2 sekalian.. bukan menghukum ibu mu dgn muka mengcuka atau leteran kamu..

Renungi kalam ALLAH dibawah,,

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Allah dah cakap,, cuma tggal tindakan sahaja samada mahu atau tidak.. pilihan ditangan kamu,, tapi kamu perlu sedar ada kesan yang besar bersama pilihan 'mahu' atau 'tidak' itu.. renung2 kan beb!

Cuba kira blik jasa ibu pada kamu,, boleh? suatu saat apabila kamu bergelar seorang ibu pasti kamu akn tahu kenapa dan kenapa perlu ny ad doa dri ank2 y soleh n solehah.. doa n pohon y baik2 utk ibu ayah kita,, slagi mereka masih ada.. tatap wajah mereka.. ad kita didalam ukiran wajah itu,,

So, ape sebab kamu utk tdk menghargai mereka.. tiada kawan,, xde! Eh ade la kawan,, ape?? Syukur dan sabar.. dua benda tu kamu xde,, allahu   sampai bila nk ego dgn Allah, sampai bila kau nk zalimi dri sdiri.. hati org len kekasih, sahabat kau sgup jaga smata2 utk nilain sebuah 'pujian', tnpa sedar kamu tdk sedar y sbenar ny kamu teruji dgn nilain y jauh tersasar.. ape? nilain seorang hamba kepada pencipta.. kamu lupa bahawa keredhaan Allah itu ada padanya keredhaan ibu bapa.. jadi?? nk lawan hujah Allah?? brani?? muhasabah la kawan..

Kamu sibuk dgn kekurangan ibu kamu, ibu kuat berleter! ibu kongkong saya! ibu itu ibu ini.. Allahhh,, cuba kira balik salah kita dgn ibu kita. Tak pon bagi sehelai kertas kat ibu kita mintak ibu senaraikan.. jgan sehelai,, bagi 10 helai pon xcukup nk tulis.. kenapa ye?? sb terlalu bnyak.. banyak!

Tapi ape ibu kita buat,, marah? berleter? konkong? ye sume tu ada,, sbb?? sbb nk tegur kita.. tpi kita ego right? kita lupa yang ibu kita selalu bt ini utk kita pagi petang siang malam.. ape kak?? DOA dik,, ALLAHU... xtahu ke buat2 xtahu?? muhasabah lah.. 

Syukurlah wahai anak,, wahai kekasih Allah.. buang lah ego kamu dgn Allah.. jgn sombong utk berdoa.. ingatt! diluar sana masih terlalu ramai, ramai sgt.. ramai ape?? ramai yang xde ibu, ramai y ibunya telah pergi menghadap ilahi saat melahirkan insan bernama anak,, dan insan yang bernama anak itu tidak pernah untuk merasai kasih sayang ibunya,, Allah.. ramai ibunya ypergi menghadap ilahi saat insan kerana sakit dan mcam2 lagi.. betapa tabahnya mereka tanpa seorang ibu di sisi..apakah kita mampu?? tepuk dada tanya iman.. ego lagi? bertaubatlah..

"Maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Arrahman : 23)

Renung2 kan ayat diatas wahai sahabat,, ini juga menjadi pesanan bt diri aku y bergelar seorang ank utk mengenal erti syukur kerna masih punya ibu.

Al-fatihah bt ibu sahabat diluar sana y sdh pergi menghadap Ilahi,, tgjwb kita utk mendoakan mereka dialam sana.. semoga doa kita sampai pd ibu agr ditempatkan ibu dikalangan org2 y beriman n soleh, InsyaAllah aamiin.

Along sayang umi, maafkan salah silap along.. time kasih umi baba,, jaga makan minum, support hidup dri saat mengandung smpai skrg.. wallahi jasa kamu berdua tiada terhitung dari aku, seorang anak 'pendosa'. :'(

- Nur Hanani

Mati itu bukan satu gurauan

Mati itu bukan satu gurauan ~

Why not utk kite cuba express diri walaupun sorg2 xdek org nk kasi smgt atau hint.. Allah kn ada beb! Jgn give up dlu.. pcya lah, skali kau lari dri Allah kau kene ingt then kau akn u turn balik cari Allah,,sbb?  Kau gagal dlm mengejar kehendak kau.. sdg Allah ad tpi kau ego kan? Sombongkan? 

ALLAH ckp ttup aurat kau xtutup, Allah ckp solat kau x solat, Allah ckp bt baik pd mak ayah kau senang2 bt hal dlm gelap dgn partner kapel kau blakang diorg, depan2 bajet alim.. xmalu update gmbr laki pmpuan xjga ikhtilat, apakah?? Cer muhasabah jap.. mulia sgt kah kita?  Baik sgt kah kita? Smpai xnpk tgn Allah melambai2 pgil kita.. tu Allah y pggil, klau la Allah upah malaikat maut utk lmbai tgn kt kau, ape kau nk ckp??  Taubat?  Sempatkah? Muhasabahlah.. :'(

Quran letak mana?  Dlm sehari tu brpe mka surat kau bca??  Sedih x bla quran peribadi pon kau xde sdgkan fb,wechat, wasap kau blh scroll berjam2 quran peribadi xde.. hambar hidup kau.. kalau quran kau xbaca,ape hujah kau y kau nk bwk depan Allah kt pdang msyar nt??  Em??

Recheck balik dri kau, muhasabah lagi jgn give up.. ye2 btol ssh n pelbgai mehnah y kau akn tempuh saat cinta kau pd Allah sdg berputik, tpi pcya lah jika kau mati dlm keadaan itu.. tmpt y kau akn huni d sana nt bkn lagi tmpt y penuh onak duri.. Allah itu sifatnya zatnya maha pengasih dan penyayang.. mana mungkin Allah nk mensia2 kn cinta hambanya..pasti akn berbalas jua,, percayalah.. please,, percayalah!  Why not kalau bkn utk org lain utk siapa lagi.. hanya kau hamba tercipta dari Allah dan kepada Allah jualah engkau kembali..syurga bt hamba pencinta pencipta  wallahu'alam ~

-whh

Cinta Tuhan atau manusia?

Kapel @ bercinta sebelum nikah bkn cara muslim dan muslimah y sejati,,

Wujudkan qudwah hasanah d dlm dri spya kita senantiasa pegang Allah no 1,,

Xrugi pon, org gelar poyo?  Ketinggalan zaman?  Xlah mane adinda2 sume..

Jgn hidup ni terlalu mempertuhankan manusia,,

Terlalu sibuk dgn maksiat xtkut ke kalau Allah xpndang kita hgga nk ucap 'astaghfirullah' pon xmmpu???

Kan??

Ini pesan utk dri sy jgk,, siapa sy utk menilai anda semua kerna hati kamu hati saya hanya Allah y tahu suci atau tidak.. yep?  😉

-whh

Nak bahagia?

Nak bahagia?
Jangan campur adukkan dua cinta ini,

Cinta ape ye?
Iaitu cinta manusia n cinta Allah..

Sbb?? Laa, Kan prasaan suka cinta tu kan fitrah.. yes!  Mmg fitrah.. fitrah itu sifatnya sgt suci,, jadi knp kau kotorinya dgn najis2 maksiat sbgai awwalan dlm hdp kau.. fitrah atau fitnah.. Check balik!

Syadid la kau ni,, eh syadid?? 
Xsyadid pon.. cuma nk ingt kan je,, jgn sb cinta manusia kau lupa Allah, sombong! Ego!

Bukan ke kau menumpang je kt bumi Allah ni??  Penumpang xtetap plak tu,, dh la menumpang pastu bayar sewa dgn najis maksiat.. xmalu kerrrrr?? Pdhal bila kau dh kluar dri rumah y bernama 'Bumi' ni kau akn kmbali diantara dua tmpt.. syurga atau neraka?? Emmm..agk2 kau la kan,, camane yep kau byr sewa di bumi ni, ke kjp byr ngn emas kjp byr dgn najis?? Check balik!

Emm malu la berubah sb nt kwn ejek,, kami sahabat till jannah.. kalau dy pkai pkai bju adik sy kene pkai bju baby.. tudung labuh? Kolot ny x uptdate.. buuu ... dan kalau dy hisap rokok sy kene hisap vape..baru uptdate..  (hambar)

Jap, sahabat?? Sahabat kau ke y tlg byr sewa rumah y bernama 'bumi' kpd Allah kalau kau xmmpu?? Emm?? Aku rasa kau pon blm mampu begitu jga aku.. tapi kalau kau dh xmampu knp jgk nk mtk sahabat byr kan,, hutang dy dgn Allah pon xtertanggung ni kan nk tanggung kau.. that's why pemilihan sahabat y betul merupakan satu punca kau nk brubah jadi baik.. xnak jgk? Sombong? Ego? Kalau camtu cuba check balik hutang kau dgn Allah brpa.. mampu byr ke x utk ke syurga??  Ke ckup2 mkn je.. kjp baik kjp jahat.. Check balik!

Bahagia??  Kalau nk definisi kan bahagia tu byk mkna.. aku pon xmmpu nk tentukan hdp aku atau kau bahagia ke tidokkk.. sbb! Sbb aku pon manusia mcm kau jgk.. tapi y membeza kan adalah bagaimana aku atau kau membahagiakan hari2 dgn mencari punca2 wujud ny nilai2 cinta dri Allah kpd aku atau engkau.. kan?? Jom sesame kita check balik,, kebahagiaan y macam mana kah kita cari..   ;)

Kau cari cinta Allah, cinta lain Allah akn bantu.. percayalah!  Jom till jannah-Nya!

-whh

Sebuah Kehidupan

Setelah melalui pelbagai fasa hidup,
Setelah melihat pelbgai ragam kehidupan,
Setelah membaca pelbagai kisah hidup,
Setelah mendengar pelbagai cerita tentang kehidupan,
Setelah segalanya tersingkap tentang sebuah kehidupan,

Satu je kesimpulan y sy blh buat,,

Kisah kita tak sama, jgn nk bandingkan kisah hdup awk n dia.. xkan pernah sama gais, sbb Sang Pengatur segala kehidupan lebih Maha Tahu akn segala sesuatu y terjadi.. don't too judgemental..

Dan kene ingt hidup ni ibarat roda, xselama ny kamu di ats n xselama ny kamu d bwh.. pasti ada hari2 kamu, percayalah.. menantilah dgn penuh sabar n sedar.. sabar kerna Allah lebih tahu apa y tbaik utk kita.. sedar y hakikat sebuah kehidupan ini xkan lari dari ujian n musibah.. so,, Allah ada kan.. u'll will never cry alone,, Allah besides u gais..

Byk benda y kita kene sedar, sometimes we happy sometimes we sad sometimes we angry sometimes we peaceful.. sahabat ,itulah kehidupan. So, try to up your level confident.. express yourself.. with what??  Allah gais..  please recheck balik diri dgn Allah mcm mana..skali skala muhasabah balik, sbb kita ni manusia.. xlari dari silap n dosa, tapi Allah syg kita.. Allah bagi kita satu jalan, iaitu JALAN TAUBAT..

Ingat,, Allah uji tu sb Allah syg.. Allah nk kamu lebih kenal apa itu hakikat sebuah kehidupan..  tempuhi dgn hati terbuka n slt sunat taubat agr hati kita lembut.. turun kan ego, jauhi sombong.. kamu kenal diri kamu bukan?

Tagihlah janji2 Allah kerna bilamana kamu jaga Allah, Allah akn jaga kamu.. percayalah! Mati xkenal usia,xkenal tmpt.. bila2 je akn tiba, malah lebih hampir.. so, utk apa lagi kita berpaling dari-Nya?? Tiada sbb bkn?? 

Muhasabah diri kamu, juga diri aku..kipidap 💪

- whh

Monday, July 20, 2015

Siapakah aku?

Bismillah...

Aku seorang wanita yang lahirnya dari rahim seorang wanita, aku dikandung selama 9bulan, aku dibawa kesana kemari tanpa keluhan dan penyesalan kerna itulah impian ibuku. Kini aku dilahirkan dibesarkan dan telah melalui pelbagai fasa hidup. Fasa hidup yang telah membawa aku kepada fasa-fasa hidup yang lain. Susah senang, jatuh bangun, sihat sakit, suka duka, tangis tawa. Alhamdulillah, aku dibesarkan didalam didikan agama yang lebih membawa aku kepada fasa-fasa hidup yang lebih mencabar, lebih2 lagi aku ini seorang insan yang bergelar wanita. Wanita ini banyak mehnahnya banyak ujiannya, kalau tak kuat wanita ini akan susah, jatuh, sakit, duka, tangis dan kalau wanita ini kuat maka wanita ini juga akan senang, bangun, sihat, suka dan tawa. Namun kuat atau tidak kuat itu juga adalah ujian, tersingkap sesuatu didalamnya. Dimana? Hati..dan natijahnya adalah samada dua perkara iaitu senyuman atau air mata.

Sejak aku meningkat dewasa, semakin aku mengenali dunia facebook dan sosial, berjumpa dengan pelbagai jenis manusia, melihat telatah manusia yang pelbagai ragam, ragam keluargaku,saudaraku, kawan2 ku, jiran2 ku dan ragam manusia di dunia maya. Ada yang positif dan ada yang negatif, ragam nausia tak sama. Ada yang sanggup berkorban sesama sendiri, ada yang tidak menghiraukan nasib sesama sendiri, tengok jer. Ada yang saling mengasihi, ada yang saling membenci, ada yang saling bersyak wasangka, ada yang baik didikan agamanya, ada yang lemah didikan agamanya, ada yang disisihkan, ada yang sombong, ada yang baik, ada baik yang tutur katanya, ada yang suka jaga tepi kain orang, ada yang suka mencari waktu memerlukan, ada yang kuat dan ada yang lemah. Begitulah ragam manusia yang semakin hari semakin bertambah kepelbagain sifat dan kerenah mereka. Begitu juga ragam aku,

Kini aku masih lagi seorang wanita, namun berbeza kerna bertambahnya satu lagi 'title' dibelakang wanita iaitu MUSLIMAH yang membawa maksud ??

To be continue..







Saturday, July 11, 2015

Pemilik Hakiki (Part 2)

'Dia' suka kan akak, hah? aku terkejut, lelaki yang satu program dengan aku dan usrah yang sama, tak kan lelaki sebaiknya boleh jatuh hati dengan perempuan macam aku ni. 'Akak terima tak ni? sekarang 'dia' sedang mencari, kalau akak tak terima tak pe lah' katanya. Emm..bila difikirkan balik 'dia' ada ciri2 lelaki yang mak dan ayah aku idamkan,apatah lagi aku. Waktu itu tanpa berfikir panjang aku menerima lamaran tersebut. Dan pada malamnya 'dia' telah mesej aku dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menerimanya.

Aku gembira, aku hanya berharap semoga apa yang cuba dibina oleh kami ini berkekalan sampai bila2. Satu hari dia telah menceritakan padaku bahawa 'dia' telah menceritakan tentang ku kepada ibunya. Aku sangat teruja kerna 'dia' berani menceritakan tentang aku pada ibunya. Maka dengan itu aku juga memberanikan diri untuk menceritakan tentangnya kepada mak aku. Alhamdulillah mak aku menyambut baik perkhabaran ini.

Selepas dari itu kami merancang agar hubungan ini agar boleh diteruskan dengan lebih jauh lagi. Kami merancang untuk dikhitbahkan, akan tetapi disekat oleh kedua2 belah keluarga kerana faktor pembelajaran kami yang masih berbaki beberapa tahun lagi. Akhirnya kami akur akan keputusan ini. Setelah lama kami berkenalan, satu persatu aku mengenali si 'dia', 'dia' seorang yang baik, selalu bertanyakan khabarku, menelefonku dan memberi kata2 nasihat.

Selain itu, aku juga ada merisik kepada kawan2 aku tentangnya. Aku gembira, kata kawan ku 'dia' seorang yang baik dan pandai mengaji. Aku tersenyum, alhamdulillah. Dalam tempoh itu aku makin hari makin mengenalinya, semuanya baik2 belaka, tiada cacat cela sampailah pada suatu hari dengan izinnya aku telah memasuki akaun facebooknya. Aku membuka mesejnya, alangkah terkejutnya aku apabila mendapati ramainya chat dari perempuan.

Setelah itu, aku terus bertanyakan padanya siapakah perempuan2 ini, 'dia' mengatakan bahawa itu adalah rakan2 facebooknya. 'Rakan2 facebook semesra begitu?, cara layanan awak seolah awak memberi harapan palsu awak pada mereka sedangkan awak sudah ada saya.' kataku. 'Dia' diam seketika kemudian 'dia' bersuara, 'mereka tu kawan2 saya, tak lebih dan lagi pula saya sudah berpunya..biasalah tu chatting2, bukan serius pon.' katanya. Aku terkejut dengan jawapannya, seolah ada sesuatu yang disembunyikan.

Kemudian sedarlah aku akan sesuatu, adakah 'dia' lelaki yang benar? tapi penampilannya, ilmunya, semuanya melambangkan segalanya. Aku akur, mungkin ini adalah ujian pada orang yang tengah bercinta, tapi?? pelbagai alasan cuba aku tepis bagi bersangka baik padanya. Dari itu, hubungan kami macam hari2 kebiasaan dimana chat dan call macam biasa.

Satu pagi, seusai solat subuh.. hati aku terasa berdebar dan terasa mahu menangis seolah2 aku merindukan sesuatu. Aku pandang sejadah, aku pejamkan mataku rapat2 dan tiba2 air mataku laju menuruni pipiku. 'Kenapa? Siapakah yang aku rindukan ini?' getus hatiku. Kepalaku seakan kusut seketika memikirkan kenapa tiba2 perasaan aku berubah sedih dan pada siapakah aku merindukan.

Sejak dari itu... (bersambung)


Friday, July 10, 2015

Pemilik Hakiki (Part 1)

One day, Allah kenalkan aku dengan seorang lelaki yang baik penampilannya, baik ilmu agamanya, perwatakannya, pergaulannya. Kami ditakdirkan berada didalam satu kumpulan untuk bergerak ke kerumah yang sudah ditentukan sewaktu berprogram. Aku telah dilantik sebagai ketua kumpulan dan waktu itu aku merasa sungguh takut kerna bagi aku 'title' seorang ketua bukan boleh di main2 kan tapi perlu ada karakternya tersendiri. Dan kami telah berusrah disebuah rumah ini bagi meneruskan agenda program kami pada hari tersebut.

Selesai dari usrah tersebut kami bersurai dan membantu ahli2 yang lain dalam menyediakan makanan tengahari. 'Dia' juga turut sama membantu, aku suka melihatnya yang sangat ringan tulang dalam membantu menyediakan makanan tengahari. Dan kami sekali lagi telah bersama-sama ditugaskan untuk menyediakan makanan tengahari untuk VIP. Setelah selesai dari kerja kami, kami duduk di tempat makan VIP untuk recheck balik makanan takut2 ada yang tertinggal.

Dan ketika itu lah 'dia' telah menegur aku, bertanyakan aku 'sekolah lama kat mana?', 'tinggal kat mana?' 'mak ayah orang mana?'. Aku pelik, tiada lelaki yang berani menegur aku hanya untuk berkenalan sehari dua kecuali rakan2 lama yang sudah lama misalnya sewantu sekolah2 dulu, sebabnya aku jenis yang serius. Orang yang dekat dengan aku sahaja yang kenal aku siapa.

Beberapa hari selepas daripada program yang dijalankan, ada seorang perempuan meminta untuk berjumpan dengan aku kerna ada sesuatu untuk disampaikan dari seseorang. Aku pelik, siapa pulak kan? Dan aku cuba mencari waktu terluang untuk berjumpa dengan perempuan tersebut kerna jadual kuliah yang agak padat ketika itu.

Pada satu petang,kami telah berjumpa dihadapan bangunan kuliah dan mengambil port yang sesuai untuk bercakap. Maka perempuan tersebut telah menyampaikan sesuatu hajat dari seorang lelaki yang meminati aku. Siapa??

Bersambung...

Wednesday, July 8, 2015

Ketika Cinta Allah Bertamu ~

Assalamu’alaikum w.b.t..lama xmenulis,sahabat semua sihat? alhamdulillah hari ni berkesempatan saya nak share satu kisah benar yang saya petik dari seorang sahabat bersumberkan whatsapp..alhamdulillah mungkin ada yang dah dengar kisah ni dan mungkin ada yang belum,,namun apa yang pasti kita ambil sesuatu dari kisah ini..semoga apa yang disampaikan dari kisah ini membawa iktibar yang besar didalam diri kita dan menjadikan diri kita hampir dengan Allah InsyaAllah.. 

Kisahnya bermula dimana seorang  wanita muslimah telah berjumpa dgn sahabat baiknya y ber’burqo’, ‘kamu beruntung kamu boleh ber’burqo’.. katanya  sambil menangis
Dulunya dia seorang y berburqo’ dan sering mengikuti  ‘ma’thurat’,tapi disebabkan kekangan dari keluarga dan larangan ibu bapa jadi dia mentaati ibu bapanya dan dia menanggalkan burqo’ dan memakai tudung labuh. Sejak dari itu dia juga tidak mengikuti ma’thurat kerana maknya memintanya untuk berhenti seketika.

Sepanjang dia bertudung labuh dia merasakan dirinya telah jauh dari Allah, dgn izin Allah mungkin Allah berkehendak dan kita xtahu apa y Allah nak bagi sebenarnya lepas tu. Dia jauh dari Allah dan dia sedar hatinya makin keras! susah untuk menangis! makin jauh dari Allah dan dia nak sangat Allah bimbing dia..dia nak sangat! Kemudian dia solat asar dan malam tu dia solat tahajjud,istikharah,hajat minta dgn Allah agar diberi petunjuk dan hidayah serta membimbingnya. Kemudian dia tidur,tapi xdapat jugak maksudnya Allah xnak bagi on the spot lah waktu tu dan memang hidayah ni Allah xbagi on the spot. Doanya tidak dimakbulkan dan dia tidak pernah berputus asa untuk tunggu hidayah tu dari Allah.

Dan satu hari dia solat asar, dan ketika dia solat asar, dia terdengar satu bacaan yang sangat merdu seperti mengimamkan dia, dia rasa itu lah solat yang paling khusyuk..palinggg khusyuk sehingga dia menitiskan air mata. Jadi pada rakaat terakhir dan pada sujud terakhir, kepala dia melekat dekat sejadah, jadi dia terperanjat..!!’apa dah jadi ni?’ getus hatinya, jadi waktu tu dia berselawat banyak2 dan tiba2 jadi blank gelap. Tiba2 ia bertukar putih dan waktu tu dia sedar dia didalam keadaan sujud dan dia telah berada didalam satu taman dan taman itu SUBHANALLAH sungguh cantik! yang dimana kecantikannya tidak boleh dibandingkankan dengan kecantikan yang ada kat dunia ini, memang sangat cantik!!

Dan kemudian dia ternampak seorang wanita yang berada ditaman itu, kemudian dia bagi salam.. ‘Assalamualaikum’ dan wanita tersebut menjawab.. ‘Waalaikumussalam w.b.t’. Dan ketika mana perempuan itu menjawab dan wanita itu terus menegurnya, ‘Wahai ukhti kenapa wajah kamu buruk! Kenapa wajah kamu jijik! Kenapa wajah kamu bernanah! Kenapa??’.. dan ketika itu dia pelik kenapa wanita tersebut berkata begitu padanya. Dan dia tertanya siapakah wanita ini, dan wanita itu sangat cantik! Dan bilamana kamu terlihat wanita diatas muka dunia cantik dan dia punya cantik itu SUBHANALLAH..kecantikan itu tidak dapat digambarkan kerana wanita itu sangat cantik. Kalaulah cantik bidadari itu boleh buat lelaki pengsan mungkin? Wanita itu sangat cantik!, memandang wajah itu sungguh tenang! dan tenang setenang tenangnya.

Dan kemudian wanita cantik itu berkata lagi, ‘Ya ukhti, kenapa wajah kamu buruk? Kenapa wajah kamu hodoh bernanah? Buruk,jijik?’ dan wanita itu tidak mahu mendekatinya. Dan berkata wanita itu, ‘Dan begitulah Allah memandang kamu betapa kotornya hati kamu ya ukhti sehingga muka mu begitu jijik,muka mu begitu buruk..! Dan kemudian wanita itu membawanya berada disebuah sungai dan disungai itu terdapat satu cerminan dimana dicerminkan dirinya dan dia melihat wajahnya sungguh buruk,,,! buruk! Disebabkan kotornya HATI!, sangat buruk! Dia menangis, lalu dia bertanya pada wanita tadi.. ‘Ya ukhti? Apa aku perlu buat? Apa yang perlu aku lakukan?’ dan wanita tersebut berkata.. ‘ Beristighfarlah kamu dan Allah sangat mencintai orang yang beristighfar ini,bertaubat kepada Allah..’

Jadi dia beristighfar, sekali dia buat tidak menjadi, kemudian dia istighfar2, bertahmid, istighfar, bertahmid,istighfar, bertahmid dan banyak zikir2.. Dan! Wajahnya cantik! Wajahnya telah bertukar yang buruk kepada cantik,malah lebih cantik dari yang ada diatas muka  bumi ini, sangat cantik! Kemudian dia menangis, dan wanita tersebut telah memberi kata2 nasihat kepadanya, dan dia bertanya..’Siapa kamu ya ukhti?’ wanita itu menjawab..’Kamu akan berjumpa aku dikota suci.’
Sebelum wanita itu beredar,wanita itu sekali lagi berpesan kepadanya..’Rindulah Allah dan Rasul mu, nanti kita akan jumpa insyaAllah.’ ‘Jangan tinggalkan ana ya ukhti, ana perlukan kamu untuk bimbing ana ke syurga Allah’ katanya. ‘Ana kene pergi..jangan risau, Allah akan hantarkan sahabat2 yang baik nanti kalau kamu dekatkan diri kamu dengan Allah, Allah akan hantar sahabat2 yang baik dengan kamu, sahabat yang baik yang dekat dengan Allah yang soleh dan solehah..’ kata wanita tersebut.

Kemudian dia merayu kepada wanita tersebut supaya jangan tinggalkannya.. ‘InsyaAllah kita akan berjumpa asalkan kamu taat perintah Allah, taat perintah ibu bapa..menyayangi mereka’ kata wanita tersebut. Dia berasa sedih, ‘Jangan sedih, nanti kita akan jumpa..’kata wanita itu. Kemudian wanita itu memeluknya, dan dia merasakan pelukan itu adalah setenang-tenang pelukan, lebih tenang dari pelukan seorang ibu dan dia macam kenal pelukan itu tapi dia masih lagi tidak pasti.
 Dan dia semacam kenal akan wanita ini, dan sebelum wanita itu beredar.. wanita itu berkata padanya.. ‘Ana..ana SAIDATINA ‘AISYAH,!!!  ana ialah SAIDATINA ‘AISYAH R.A..’ 
SAIDATINA ‘AISYAH R.A berkata padanya.. ‘ kamu jangan menangis..aku,ASIAH,MARYAM,KHADIJAH DAN RASULULLAH S.A.W  akan tunggu kamu disana bilamana kamu berubah kerana Allah.

:’( Sejak dari peristiwa itu, dia selalu menangis kerana takut tidak akan berjumpa lagi dengan SAIDATINA ‘AISYAH R.A dekat sana nanti dan setiap kali dia melihat wanita diluar sana, dia akan menangis bilamana dia melihat wanita2 muslimah sekarang ini adalah muslimah palsu! Wanita muslimah yang menutup aurat tetapi palsu, hakikatnya dalamannya dia tiada dan wanita2 yang tidak tutup aurat. Bilamana dia menceritakan kisah ini pada sahabatnya, sahabatnya sungguh takut, takut dan berfikir mungkin penyakit hatinya tidak seteruk dia tetapi wajahya sangat buruk disana..inikan kita muslimah biasa,kan? Dan sahabatnya berkata.. ‘Ya Allah….dunia tidak ada apa2, nothing!!!’

Alhamdulillah,setakat ini sahaja mampu saya kongsikan dengan sahabat2 semua dan tentang kisah ini semoga kita  mengambil iktibar dan pengajaran. Renung2 kanlah..sedarlah kita bahawa perjalanan seorang hamba ALLAH yang sebenar pahit diawalnya namun manis diakhirnya selagi kita mengejar-Nya dengan hati yang ikhlas..benarlah,hati itu memainkan peranan yang penting kerna segala2 nya bermula dari hati dan Allah itu tidak pernah salah dalam merancang perjalanan hidup hamba2 nya.. namun kita yang selalu tersalah dalam menilai perjalanan hidup kita sendiri,, Allah itu sifatnya Ar-Rahman Ar-Rahim (pengasih n penyayang).. namun masih belum terlambat bukan??

Sekian dari wardahwafa..mohon maaf atas salah silap didalam perkongsian ini,apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang kurang itu dating daripada kelemahan diri saya sendiri selaku hamba Allah yang dhaif dan pesanan terakhir dari saya..’Jaga2 dengan hati kerna ada yang memerhati’ 
Wallahu’lam ~





Monday, April 13, 2015

Cari Allah

CARI ALLAH

Pulang dari kuliah,aku mengemas meja dan buku..kemas punye kemas tengok pencil box n fail xde..’aduhhh..mne plak ni pencil box ngn fail aku’ bebel ku..tengok dlm beg xde,tanya kawan cakap xde nampak.. then aku rewind balik dari start aku smpai kolej sampai ke petang ape y aku pegang n mne y aku pegi..first library sbb nk pinjam buku,pastu café beli makanan,then baru ke kelas di bangunan lama tingkat 4,then kelas kt tingkat 3 plak,then ke café blik utk beli makanan tengahari,then ke masjid solat,lastly ke kelas kt bangunan baru..lepas tu balik umah..hmm semalaman xleh tido terfikirkan pencil box purple kesayangan n bahan assignment yang ada didalam fail..malam esok nk balik kampung dah..esok kolej cuti,library xkan buka kot..adduhh,bebelanku makin memanjang.

Esok ny aku dan kwn2 usrah keluar untuk berrehlah d pantai..tapi fikiranku masih pd masalah diatas..mungkin kalau pencil box je y hilang aku blh beli baru tpi ni bahan assignment y xde xmmpu aku nk cri lagi sekali..by the way aku take time camane kalau xjmpe fail tu..terpaksa lah pulang awal ke kolej utk restart balik mencari bahan assignment..fuhhh!! sape suh careless sgt..haha,tpi xpe enjoy dulu dgn kawan2..makan2,mainn bola,mainn tepi pantai,berusrah n mcm2 lah..tpi puas hati sb dpt pegi tmpat y paling aku suka,pantai!!hehe..em then aku take time utk col staff kolej y aku knl utk bertanyakan tentang kunci library..pastu staff y aku col td bgi no staff library..tnpa rasa tkut aku msj staff library utk tlong aku bka kn library sb aku agak barag aku tertinggal dalam tu..pdhal org tgh bercuti,xptt diganggu..tapi xsalah utk kita mencuba right! Kita mudahkan urusan org then Allah mudahkan balik urusan kita..hehe,oke set ptg nt staff library akn dtg utk buka library.

Selepas selesai rehlah di pantai,aku pulang bersama ustazah..sesampai je dirumah sewa aq bergegas masuk kedlm umah n mengambil kunci moto kwn..eh! dh mtk izin blm? Dah ok mse kt pntai td..hehe,jgn men amik je brg org tnpa izin tw..xcomel  :-)  aku menuju ke kolej sorg diri..keluar sedikit dri perumahan aku hampir dilanggar sebuah kereta kerna kami dari arah y bertentangan..saat itu aku tawakkal,’Ya Allah..janganlah sekarang’ bisikku pantas.. aku berjaya mengelak dgn membrek selaju mgkin,rupe ny pemandu lelaki sedang asyik dgn pmpuan y meletakkan kpala pd bahunya..’Allah..ape semua ini,maafkan aku..time kasih Ya Allah’..menyempat je berpacaran dlm kete,bahaya nyawa org len adik,kakak,abang2 sekalian..kalau mati saat kemalangan tu nak jawab pe dengan Allah nt dengan keadaan bermaksiat?? hmm husnu zdhon jelah..mgkin adik beradik kot..Na’uzubillahi min zaalik..alhamdulillah aku selamat.

Sesudah smpai dipintu pagar kolej,guard tny nk kemana..’amik barang tertinggal’ jwb ku dgn senyuman..beban disimpan seketika. Aku ke library,aku intai pd rak dri luar kot2 ada nampak barang aku..xde! Allah..kt mne brg2 aku. Then aku ke bangunan lama tmpt kelas berlansung pd hari smlm.. mcm2 aq dgr pasal bgunan lme ni,hantu la itu lah ini lah.. jeng jeng jeng (senyum jahat)..haha..dgn brani aku bergegas ketingkat 3 seorang diri..gelap lorong tpi kuat kan kaki melangkah,berdebar hanya Allah y thu..alamak! pintu kelas kunci hari cuti..aku intai sekeliling,ada satu kerusi..aku trik krusi tsbut naik n intai dlm kelas melalui cermin kecil di pintu..ok xde! Skali lagi kuatkan kaki ke tingkat 4.. emm mcm2 bunyi ny..tkt semacam,aku tawakkal..aku intai sekeliling,harap xde siswa y naik kebangunan ni..aku menuju ke kelas n bt benda y sme.. still xde jgk! Hmm aku pasrah.. aku dgn laju berlari menyusuri tgga utk trun dri bngunan lama,skali hmpir terjatuh sb licin tgga..alhamdulillah xde pape..hampir saja.

Aku menuju ke moto kwnku, then aku bergegas ke masjid..setiba d masjid aku sekali lagi msj staff library bertanya kn pkul brpa blh bka library utk aku tgk brg aku..then aku msuk ke dlm masjid mnuju ke tmpat biase aku n kwn ltk brg2..hampa! xde jgk brg2 aku..kpla ku mula pening,mataku berpinar..aku ddk d tangga tertunduk hampa..bbrapa minit tgu msih tiada jwpan dri staff library,kemudian azan asar berkumandang..tibe2 ada suara menyapa..’nak tnya,solat kat atas kan?’..’aah ye kt atas,straight n belok kiri’ aku menjawab.. ‘terima kasih’ sapa org itu lagi..aku mengangguk senyum..sedarlah aku! Allah bagi petanda utk kembali mengingati-Nya.. aku kemudian menuju ke paip n mengambil wudhu’.. aku istighfar..maafkan aku Ya Allah..kalau ini cara utk aku kembali mengingatimu,aku trima.. ‘xpe lah,kalau xde carilah blik bahan tu,usha lagi..cube..’ bisikku didalam hati dgn nada pasrah..siapalah aku mahu melawan kehendak Allah. Tibe2 aku dpt msj ‘SEKARANG’..dari staff library, dgn langkah perlahan aku menaiki moto ke library..menunggu staff libray tibe..terfikir utk solat d bwh tangga tpi lantai kotor..hampa,,skali lagi aku intai didalam library pencil box n fail aku.. Alhamdulillah! masyaAllah! Ade ats kerusi pencil box purple n fail pink aq! Aku mngucap syukur..Allah tahu stakat mne aq mampu pikul bebanan ini.. gembira la aku wehh,,hehe..staff library tbe n aku mengambil brg aku,then aku plg ke umh sewa dgn sng hati. Pd mlm tu aku pulang ke kmpung dgn senang hati walaupun ujian demi ujian menyapa.

Take moral value kt cni..ape2 pon terjadi,ingat! Allah xpernah mensia2 kan hambanya.. Allah tahu setakat mana kemampuan kita dgn ujian ny..ujian adalah cara bagaimana Allah menegur kita untuk kembali pd nya.. samada kita sedar atau tidak,Allah itu sifat ny arrahman n arrahim..syg ny Allah pd kita..di setiap perjalanan sy diats..disaat nyawa sy terancam Allah msih slmt kn sy dri kemalangan,di saat sy tkut keseorangan ke bgunan lama Allah tetap berdiri disebelah sy sbgai peneman.. ape lagi y kita xdapat semua Allah sediakan..yang utama adalah usha,doa n tawakkal..samada kita selitkan Allah atau x pd maslahah ini..renung2 kan wahai sahabat.. teguran dripada Allah itu dtg dlm pelbgai jalan,tahukah pd setiap jalan itu perlu adanya nilai ikhlas utk menerima ujian-Nya,,wallahu’alam.

Ya Moqollibal Qulub,
Tsabbit Qolbi ‘Ala Diinik :-)


Friday, March 27, 2015

Sahabatku Tea Ais

Assalamu'alaikum semua.. semua sihat?? :-) InsyaAllah semua sihat ye.. kat sini saya nak share sedikit cite yang berkaitan dengan sahabat. Semua ada sahabat kan?? Tak kira umur, pangkat, darjat n dll. Dan bagi yang ada sahabat tu mesti ada dua benda yang kita harapkan dari persahabatan tu, iaitu susah senang bersama, suka duka bersama.. tak gitu? Mesti bermacam-macam aksi yang timbul dibenak fikiran masing-masing kan?. Salah satu nya bermonolog ' em aq ada kawan tapi dia macam ni macam tu'..'aku sayang dia walaupun dia seorang yang giler-giler.'. hihi,betol tak tekaan saya? Mesti jugak ada yang tebayang-bayangkan wajah sahabat masing2.. :-) Alhamdulillah ye..sahabat yang baik itu rezeki dri Allah,sahabat yang tidak baik itu bukan sebab dia jahat cuma dia hadir n Allah perkenalkan pada kita sebgai asbab agar kita ni hidup sentiasa mencari penyelesain yang baik,bersangka baik dan menjadi yang baik..tak gitu??



Okeyh..nak cite nye,aq ada sorang sahabat aq ni suka sangat minum Tea Ais.. dari semester satu sampai sekarang.. aku perasan sume ni bila kami selalu makan bersama, ex-roomate aq plak tu,then kalau ada pape kami jugak kongsi bercerita bersama.. kami alhamdulillah baik,kepala same2 masuk i..huhu. Satu hari aq cakap kt dia n betegas.. 'kalau kau sayang aku,stop minum tea ais..banyak ag air len, bahaya weh..kencing manis nt sape susah'.. dia bt muka, 'alaa ckit je'..aq jawab 'ckt mende ny kalau ari2..xde2 dgr ckp aq'..eh jap,kencing manis sbb tea ais ke?? haha

Aq cuma teringat kt cikgu aq y sakit kencing manis n hampir dipotong kaki akibat minum tea ais hari2.. xsalahkan kita sayang sahabat tu walaupun benda tu belum tentu kena kat dia..huhu. Then satu hari dia xhiraukan teguran aku, sekali lagi aq tegur..'minum tea ais,sy pesan ape aritu?'..jawab dia..'alaa sekali ni je'..aq berkata..'xpe lh ikt awk lh xnk ckp pape dh,awk bkn dgr pon ckp sy'..dia bt muka manja..kahlahlah..aku pon berlalu dri situ..saje bikin pnas,haha..muka dia berubah n agak mencuka sedikit..haha,aku tahan gelak..hehe..lpas amik i semayang aq pegi dekati dia,aq pegang bahu dia n cakap 'sy nk jaga awk,lpas ni mnum smgu skali je'..lantas dia tersenyum puas..'okey',katanya.

Bila diingatkan balik,tea ais je pon..huhu,xpe la..sekurang-kurangnya kita berhati2 kan..xsalah right?? Moralnya kt sini dalam bersahabat kita boleh hiburkan sahabat dalam pelbagai cara,tak kisah macam mana asalkan tak melanggar syariat Allah. Kalau kita seorang sahabat yang baik, kita cuba untuk memahaminya bukan menghukum ny dgn asbab y tak tentu. Dan y penting jangan cepat melatah (tak kena cikit macam2 kesimpulan ditimbulkan) dengan sahabat sendiri apatah lagi jadi tukang umpat. Bersangka baik lah kerna ia adalah salah satu daripada sifat orang2 y soleh. Cukuplah cerita diatas menggambarkan segala-galanya tentang persahabatan.. Wallahu'alam~



Thursday, February 19, 2015

Mudah Mati Bukan Jaminan

          MUDAH MATI BUKAN JAMINAN

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda : ‘Setiap manusia yang meninggal dunia pasti menyesal’. Para sahabat bertanya : ‘Menyesal disebabkan apa wahai Rasulullah ?’ Baginda menjawab : ‘Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya. Jika dia orang jahat, dia menyesal kerana tidak berhenti dari kejahatannya.’ (riwayat at-tirmizi)

Para pembaca yang budiman, peringatan ini jelas menunjukkan bahawa kita pasti akan melalui kematian dengan penuh penyesalan. Jika yang baiknya pun menyesal apatah lagi yang tidak baik.

HIDUP DUA KALI, AMAL SEKALI

Kita biasa mendengar hidup hanya sekali, maka gunakanlah kehidupan ini sebaik mungkin. Sebenarnya hidup bukan sekali, tetapi dua kali. Namun peluang melakukan amal soleh hanya sekali kerana pada kehidupan yang kedua, kita hanya akan menerima pembalasan amalan, tiada lagi melakukan amal soleh.

Oleh kerana itulah manusia yang mati dalam keadaan tidak beriman akan merayu-rayu meminta izin untuk dihidupkan kembali atas dunia kerana menyesal dengan kehidupan lamanya.

Allah Subhanallahu Taala berfirman : ‘Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa menundukkan kepala dihadapan tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina sambil merayu) : ‘Wahai tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar (akan segala yang kami ingkari dulu).

‘Maka kembalikanlah kami kedunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin’  (Surah As-sajadah 32:12)

Inilah sebenarnya yang akan berlaku.

Pada kehidupan kedua nanti tiada lagi kematian. Kita akan hidup selama-lamanya. Jika kita beriman pasti diganjari dengan syurga. Jka kufur, nerakalah tempat abadi.
Inilah yang membuktikan bahawa kita memang makhluk yang lemah, tiada kuasa dan hanya bergantung pada yang maha kuasa.


RASULULLAH S.A.W PUN SAKIT KETIKA MATI

Sebaik-baik manusia atas dunia iaitu kekasih Allah : Nabi s.a.w juga menghadapi kegeringan saat skaratul maut. Inikan pula kita yang tiada dalam senarai kekasih Allah, pasti tahap kesakitan itu lebih tinggi berbanding baginda.

Saidatina Aisyah r.a bercerita : ‘Aku melihat nabi s.a.w semasa baginda hampir wafat, disisi ada sebuah bekas berisi air. Baginda memasukkan tangannya kedalam bekas air itu dan menyapu mukanya.

Lalu baginda berdoa : ‘Ya Tuhanku, berilah aku pertolongan terhadap penderitaaan maut (yang sedang aku hadapi ini).’ (Riwayat Ahmad,An-nasai dan Ibnu Majah)

KEADAAN MATI BUKAN JAMINAN

Jelaslah bahawa jika seseorang mati dalam kedaan sukar, maka itu bukan jaminan bahawa kehidupannya di hari akhirat akan menjadi sukar. Jika matinya senang sekalipun tentunya bukan jaminan kehidupan selepas itu akan menjadi lebih baik.

Kenapa begitu ? Kerana nabi sendiri berasa sangat sukar semasa menghadapi sakaratul maut. Bahkan Aisyah r.a juga pernah berkata : ‘Aku tidak memandang elok orang yang dimudahkan sakaratul maut selepas aku melihat kesukaran rasulullah menghadapi sakaratul maut.’ (Riwayat At-tirmizi dan An-nasai)

Ingatlah, setiap yang bernyawa pasti akan mersai kematian. Yang menjamin kehidupan yang kedua yang lebih baik ialah amalan yang baik dan rahmat Allah. Oleh itu, bersedialah dengan amalan soleh dengan secukupnya, lakukanlah amalan dengan ikhlas kerana disitulah sumber pahala dan kekuatan. Wallahu’alam.

Ayat terakhir rasulullah s.a.w :
اللهم رفيق الأعلى

Aku ingin bersama para kekasih yang tinggi (para nabi,pencinta kebenaran dan para syuhada’. (Riwayat Bukhari)

~ Mohamad Mohshin
(Lulusan Universiti Mu'tah Jordan)

Cinta Allah Cinta Terindah

CINTA ALLAH CINTA TERINDAH
Hatta kasih ibu sejati itupun hanya ‘sekelumit’ jika hendak dibandingkan dengan kasih Allah yang melangit. Ya, sekali lagi kita bertanya kepada hati. Kenapa sukar benar untuk mencintai-Nya ? Walaupun fikiran kita mengiakannya bahawa mencintai Allah itu utama, tetapi hati kita masih berat, masih sukar merasainya.
Mengapa kita sedegil itu? Mari kita analogikan antara hati dengan fizikal.
 

ANALOGI HATI DENGAN FIZIKAL

Dalam keadaan fizikal yang sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali. Dihidangkan dengan ayam goreng, asam pedas atau apa sahaja masakan yang enak, tentu tekak kita dapat menikmatinya dengan lazat.
Tetapi apa yang terjadi jika kita tiba-tiba jatuh sakit? Demam, selsema menimpa. Tekak kita pasti terasa pahit, selera kita jadi ‘sempit’. Ketika itu, hidangkanlah makanan selazat mana pun, tekak pasti akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan. Mengapa jadi begitu ? Apakah makanan itu yang berubah rasa atau tekak kita yang berubah selera ? Tidak, makanan tetap sedap. Tetapi apabila fizikal kita sakit, selera kita akan pahit.
Begitulah hati kita apabila tidak mahu mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah, tetapi hati kita yang sakit.


Hati yang sakit tidak akan menikmati  keindahan cinta Allah seperti fizikal yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan. Itulah ukuran tahap ‘kesihatan’ hati kita. 



Bila Hati Sakit

Rupa-rupanya dalam kehidupan, ramai manusia yang ‘sakit’ hati. Bila kita tidak dapat merasai cinta Allah, maka itulah tandanya hati kita sedang menderita kesakitan. Malah ‘sakit’ hati ini lebih buruk akibatnya berbanding sakit fizikal.

Jika sakit fizikal akan menyebabkan kita menderita hanya didunia, tetapi sakit hati akibat gagal mencintai Allah akan menyebabkan kita menderita didunia dan akhirat. Jika sakit fizikal berakhir dengan kematian, tetapi ‘sakit’ hati menyebabkan kita akan menderita selama-lamanya diakhirat.

Cinta Bukan Paksaan

Kenapa hati kita tidak lagi bergetar dengan cinta Allah ? bukankah cinta Allah itu fitrah ? Sebelum itu, mari kita bayangkan seorang anak yang sejak kecil lagi sudah dipisahkan daripada ibu kandungnya. Anak itu dipelihara oleh ibu angkat.
Namun saat usia anak menginjak dua puluh tahun, tiba-tiba dia mengetahui yang dia sebenarnya cuma anak angkat sahaja. Dia pun mencari ibu kandungnya. Ibu yang telah mengandungkan dan melahirkannya.

Akhirnya, si anak bertemu dengan ibu kandungnya dengan ditemani oleh ibu angkatnya. Agak-agak pada ketika itu, siapakah yang lebih dikasihi oleh si anak ? Ibu kandungnya yang telah terpisah sekian lama atau ibu angkatnya yang telah memeliharanya selama ini ?
Anda pasti setuju kalau saya katakan, hati si anak akan lebih mengasihi ibu angkat yang telah memeliharanya selamadua puluh tahun berbanding ibu kandungnya yang baru dikenali pada hari pertemuan itu.

Walaupun dari segi logik dan rasionalnya, ibu kandung perlu dikasihi berbanding ibu angkat, tetapi dari segi perasaan si anak tidaklah begitu. Cinta bukan paksaan. Cinta bukan pemikiran. Tetapi ia soal rasa, datang dengan sendirinya.
Kenapa sayang dan cinta si anak tak mahu bertukar walaupun dia patut merasa begitu ?

Kenal  Allah dari Alam Roh

Maka begitulah halnya dengan hati kita, sebenarnya, sejak dialam roh lagi kita sudah kenal Allah dan mengakui Dialah Tuhan kita.

Allah berfirman : ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu ? Maka semua (roh manusia) menjawab, ‘Benar (engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.’ (Surah Al-a’raf 7:172)

Dialam roh lagi kita mengenal Allah. Bahkan telah mengakuinya sebagai Tuhan kita. Mengenal Allah ertinya mencintai Allah. Kerana siapa sahaja yang kenal Allah, pasti akan mencintainya. Namun perlu diingat, mengenal dan mengetahui dengan akal.

Sebenarnya, hati kitalah yang telah mengenal Allah di alam arwah dahulu bukan akal kita. Di situlah bermulanya cinta sejati iaitu cinta Allah.

Malangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja mereka lahir kedunia. Malah, sejak itu tempat cinta sejati di hati kita telah diambil oleh cinta angkat.

Namun, siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah ? Sedih, seringkali yang memisahkan manusia daripada cinta Allah ialah ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak mengenalkannya kepada Allah.

Akibat Benih Cinta Allah Terbiar

Konsep didikan yang bertitik tolakan ‘awal-awal agama ialah mengenal Allah’ tidak diberikan. Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar. Tidak dibajai dan diairi. Akibatnya, kita kenal ‘selain Allah’. Maka cinta kita pun beralih arah. Hakikat ini ditegaskan oleh Nabi s.a.w : ‘Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan diatas fitrah. Lalu kedua orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.’ (Riwayat Bukhari)

Bermula dari situlah perpisahan dengan cinta Allah bermula. Makin bertambah usia makin bertambah jarak perpisahan itu. Puluhan tahun si anak dibuai oleh cinta makhluk dan cinta dunia. Hati, pemikiran,perasaan bahkan jiwa telah diserah seluruh dan sepenuhnya kepada “cinta angkat” itu.

“Cinta angkat itu lah yang mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu, di dalam buaian ,di rumah , di sekolah dalam masyarakat dan di seluruh persekitarannya, pancaindera kita sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu sahaja. Dan pada  ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa “cinta angkat”  itulah cinta sejati  kita.

Pengubat  Hati Mencari Cinta Sejati

Lalu bagaimana mahu mencari cinta sejati? Ada yang menemuinya, tetapi hati masih gagal merasai. Maka ketika itu rawatlah hati dengan kembali kepada Allah.
Hati yang dekat kepada Allah akan sihat dan tenang semula.Ia telah kembali kepada fitrahynya. Namun jalan ke situ bukan mudah. Penawarnya pahit, tetapi semua itu perlu ditempuhi jua.



BERPANTANG

JIka sakit fizikal pun ada pnatang larangan begitulah juga sakit hati, ia juga perlu berpantang – berpantang daripada perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu.
Contohnya elakkan daripada melibatkan diri dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas,program hiburan yang melampau, dan suasana lain yang boleh merangsang hawa nafsu.

HADIRI MAJLIS ILMU

Bagaiman cara berpantang ? Lazimilah diri dengan menghadiri majlis ilmu, ilmu ialah cahaya hati, majlis ilmu ialah ‘taman syurga’ didunia. Meraih cinta sejati dan mengubat hati perlu melalui pengajian, pembacaan, tarbiah para ulama’,renungan dan pemikiran.
Kata ulama’, siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari ‘sesetengah mengatakan 7 hari’, maka hatinya akan keras.

Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga seperti mana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengenal Allah dengan lebih ekat, lalu kembali mencintai –Nya sepenuh hati.

PRAKTIKKAN ILMU

Ilmu seperti imam, manakala amal adalah makmumnya. Kerana itu ilmuperlu diamalkan. Ubat hati yang paling mujarab adalah zikrullah. Maka lembutkanlah hati yang keras dengan mengingati Allah. Cara yang paling utama adalah mendirikan solat.

Solat itu menghubungkan antara hamba dengan tuhan.fahami makna bacaan,hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa itu ke dalam hati.                 
                                                                                                             Walau susah sungguh,tetapi paksalah diri untuk bersungguh.sedangkan merebut cinta makhluk pun susah,apatah lagi mencari cinta allah.

Namun ingatlah solat itu penawar. Walaupun sukar untuk merasa kemanisannya diperingkat awal, tetapi kemanisannya pasti dating juga jika kita berterusan mengamalkannya. Ingatlah selalu kata-kata ini : “ Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis ”    

CARI KUMPULAN YANG BAIK

Agar diri sentiasa mempraktikkannya dan melazimi perkara baik, kita perlu duduk bersama kumpulan yang baik. Bila berkumpulan, maka tentunya program berjalan. Antara program soleh yang boleh diatur termasuklah membaca dan mengkaji buku-buku agama, mendengar kuliah tafsir, membingcangkan kepentingan semasa seperti ekonomi, politik dan social, serta melakukan aktiviti riadhah dan rehlah bersama.

Ini adalah penebat kepada idea-idea nakal dan jahat yang boleh menggoda kita. Kita ada kawan, ada aktiviti. Maka akhirnya terbentuklah suasana dan persekitaran yang soleh. Masa lapang kita akan terisi dengan pembaikan diri. Ingat, musuh orang muda adalah ‘masa lapang’.
Dengan adanya program-program ini, pantang larang dalam usaha menyembuhkan hati yang sakit dapat dijaga. Ada kawan tolong mengingatkan. Ada program yang menyibukkan. Ada suasana yang mencorakkan.

Inilah sebahagian langkah untukmengubat ‘sakit hati’ dalam kalangan remaja masa kini.
Oleh itu, takutlah kepada kemurkaan Allah. Carilah keredhaan Allah ketika didunia lagi. Diakhirat nanti, bukan tempat untuk berbuat amal. Tetapi alam akhirat adalah tempat kita diperlihatkan kebaikan mahupun kejahatan walau sebesar zarahpun.
Sebab itu, berusahalah mencari cinta sejati ini , InsyaAllah ketenangan akan mendekati hati !              

~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Tuesday, February 3, 2015

KOMPAS HIDUP

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum kpd semua pembaca blog sy y senantiasa didalam rahmat dan lindungan Allah..insyaAllah J harap semua sihat2 ye..insyaAllah kali ni wardahwafa akan kongsikan sebuah kisah y diadaptasi dari kisah benar seorang remaja muslimah…jom saya perdengarkan J

Kompas hidup adalah sebuah cerita dimana situasi seorang pelajar yang bernama Hanan menginginkan sebuah Al-Quran tafsir y bersaiz besar sebagai tempat ia membuat rujukan didalam study selain menambah ilmu pengetahuan yang baru tentang isi2 al-quran. Hanan merupakan pelajar Tahun 2 disebuah kolej islam,bidang y diceburinya memerlukan pengetahuan yang banyak mengenai ayat2 al-quran dan hanan berfikir masih banyak perkara y perlu ia belajar didalam al-quran selain menghafalnya tanpa memahami maksud ayat. Kebetulan pada suatu hari, kolej Hanan telah mengadakan pameran buku secara kecil-kecilan kepada siswa dan siswi. Dan kisahnya bermula… :)

“Eh awak, ada jualan al-quran skali la kt sini..jom kita tengok”, kata hanan kepada kawannya. Haa jom lh.. waktu hanan sedang melihat jualan al-quran tersebut.. seorang makcik datang menerangkan bagaimana fungsi al-quran2 y dijualnya. Hanan teruja sebab ada al-quran digital y mampu berfungsi dgn begitu canggih dgn hanya menunjukkan sahaja dengan pen digital pada mana2 ayat y kita mahu seterusnya ia akan mengeluarkan suara bagi pembacaan yang betul. “Waahhhh canggihkan awak,nk beli xmampu la kita rm500 kot..rugi la kn org y mampu beli semua ni tapi tak gunakan ia sebaik mungkin..” kata hanan kepada kawannya. Hanan tanpa segan masih mencuba lagi al-quran digital tersebut d samping menanyakan pelbagai soalan kepada makcik tersebut mengenai fungsi2 al-quran digital.

Dan tiba2….hanan ternampak sebuah al-quran y besar y cantik y hanan mahukan selama ni. Yes! Ada jugak quran y aku nak selama ni..hehe, tapiii agak2 ayah bagi ke tak kalau aku nak..hmm kene mesej dulu tanya camane,kene mintak izin ayah dulu baru boleh beli.. hanan berbisik didalam hatinya. Untuk sebarang kerja y dibuat Hanan,pasti dia akan memilih untuk mintak kebenaran ibu n ayahnya terlebih dahulu. Seusai kuliah, hanan mengambil masa sekejap untuk mesej ayahnya mengenai hajatnya tadi.. mesejnya berbunyi, “salam ayah..ayah chat?? Along nk mintak kebenaran ayah utk beli quran tafsir utk rujukan study..tpi hrga dy RM110, boleh x ayah?? Kalau tak boleh xpe, along xkisah ;-)”  then ddk kejap ayahnya membalas mesej “ok..nanti ayah masukkan duit” hehehe..ape lagi,senyum ke telinga la hanan akhirnya impian dia nk memiliki al-quran tu tercapai. Then,hanan membalas balik mesej ayahnya dgn berkata “time kasih ayah..sayang ayah,mmuahh..hehe” itulah hanan,sangat manja dengan ayahnya.

Kawan2 hanan pun turut sama membeli al-quran..selepas hanan n kawan2 nya siap order jenis2 quran y dimahukan mereka hanya perlu tunggu makcik tersebut datang kembali untuk penghantaran al-quran. Dan pada mlm tu, makcik tersebut tlh menelefon hanan y dia akan kerumah sewa hanan untuk membuat penghantaran al-quran. Sampainya m.cik tersebut maka quran y diimpikan telah menjadi milik hanan dan ape lagi senyum memanjangla..hehe, dan tibe2!!  Suami kpd m.cik td bersuara, “awak beli quran sume ni mahal2 masa mana awk baca? Ade masa ke nk baca quran?..hanan terkesima,hanan berfikir..ia soalan sycho atau sekadar nk bergurau..oppss!! kelu lidah,xtw nk jwb ape..hanan mampu memegang erat qurannya setelah mendengar soalan tadi.

“Awak tw x,ank p.cik sorg blajar kt India..sorg kt luar negara jgk,sume berjaya amik bidang hebat2 dalam perubatan..sume Berjaya,tapi y p.cik pelik setiap kali balik bercuti d rumah,bila p.cik menjenguk apa y dibuat anak p.cik tidak pernah skalipun nk nampak baca quran..tido pun dengan buku,quran dibiarkan je berhabuk dirak buku” kata p.cik tersebut sambal diperhatikan m.cik td isterinya. Hanan hanya mengangguk-angguk mendengar cite p.cik td n mula berfikirkan sesuatu..emm nape plak xbaca?? Bukankah salah satu dripada rahsia kejayaan seseorang adalah dengan mendampingi quran?? Bisik hati hanan. P.cik td menyambung cerita, “bila p.cik tanya anak p.cik bila kamu baca quran, ayah tengok banyak dengan buku je..” anaknya menjawab “xsempat ayah,banyak yang perlu dibaca banyak y perlu difaham dalam buku2 ni..” Hanan sedih,quran besar y dipegang hanan dipeluk erat dan dicium quran itu secara perlahan oleh hanan..”aku akan cuba untuk menjaga n membacamu..aku takkan sia2 kn kau walaupun aku hanya seorang pelajar biasa,” bisik hanan didalam hati dengan nada sedih.

P.cik td berpesan pd hanan..”bacalah quran,faham isinya, damping dia..itulah kejayaan sebenar seorang pelajar”.. “insyaAllah p.cik..” jawab hanan sambal mengukir senyuman tanda puas mendengar nasihat y agak ringkas tpi dalam maksudnya. M.cik td berterima kasih kerana telah membeli al-quran jualannya dan pasangan suami isteri itu berlalu pergi. Bagi hanan, malam itu adalah malam y penuh erti penuh makna y tersirat n tersurat. Semoga p.cik n m.ci mendapat saham akhirat ats jualan al-quran mereka..insyaAlllah  J

AL-QURAN…wahyu Allah,panduan manusia..kenapa manusia tinggalkannya?? Tidakkah itu panduan hidup sepanjang zaman,kenapa disiakan dengan perkara dunia y tidak pernah luput dek zaman, tidakkah akhirat itu suatu tempat y kekal..sibuk sangatkah kita al-quran ditinggalkan berhabuk.. Allah ada berfirman :

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

‘Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak…” (QS. Al Hadid 20)

Ayuh koreksi diri..kompas hidup manusia takkan pernah berhenti berdetik melainkan diambil nyawanya.. kita bergerak melalui empat sisi..kadang2 kita diatas,kadang2 kita dibawah,kadang2 melencong ke kiri dan ke kanan..adakah waktu diatas,dibawah,kiri dan kanan merupakan detik emas untuk kita mengisi masa dengan membaca al-quran..sudahkah kita bersedia?? Layakkah kita untuk syurga Allah..dannn disaat ini, dimanakah letaknya Al-quran kita?? Kita dah baca quran ke belum hari ni?? Adakah kita sekadar baca tanpa memahami makna ayat?? Nah, saya ingin kongsikan pada semua diantara kelebihan membaca al-quran :

Mendapatkan sakinah, rahmat, dikelilingi malaikat, dan dipuji Allah di hadapan makhluk-Nya.

Dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah-rumah Allah untuk melantunkan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketengangan, akan dilingkupi pada diri mereka dengan rahmat, akan dilingkari oleh para malaikat, dan Allah pun akan menyebut (memuji) mereka di hadapan makhluk yang ada di dekat-Nya.” (HR. Muslim)
Dalil Hadis: Tentang celaan orang yang pandai dengan urusan dunia namun bodoh dengan urusan akhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda:

إِنَّ اللهَ يَبْغَضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ ، سَجَّابٍ فِى اْلاَسْوَاقِ ،جِيْفَةٍ بِاالَّيْلِ ، حَمَّارْ بِا لنَّهَارِ ، عَالِمٍ بِأَمْرِا لدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ اْلاٰخِرَةِ

Ertinya:
“Sesungguhnya Allah membenci setiap kata-kata kasar lagi sombong, banyak berteriak di pasar, bagai bangkai di waktu malam dan seperti himar di waktu siang, Pandai dengan urusan dunia namun bodoh dengan urusan akhirat.”

(Hasan, HR Ibnu Hibban (1957), di Shahihkan oleh imam ibnu Hibban, di hasankan oleh Syeikh Ahmad Syakir -sebagaimana yang disebutkan oleh Bakr Abu Zaid dalam kitabnya Al-Mati' Khirosatul Fadhilah)).

Bagaimanakah kita menguruskan persiapan urusan akhirat??

Ayuh tepuk dada tanya iman J